awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahmoud mohon Fattah campur tangan

Astro Awani
Astro Awani
09/07/2014
12:31 MYT
Mahmoud mohon Fattah campur tangan
Mahmoud mohon Fattah campur tangan
Presiden Mahmoud Abbas menghubungi Presiden Mesir, Abdul Fattah al-Sisi dan meminta beliau untuk campur tangan bagi menyelamatkan nyawa penduduk Palestin daripada terus terancam akibat serangan meningkat rejim Israel di Gaza.
Tentera rejim itu menyerang Gaza sejak dua hari lalu.
Agensi berita Wafa di Ramallah melaporkan Abbas menelefon al-Sisi untuk memaklumkan tentang perkembangan "serangan Israel yang semakin menjadi-jadi".
"Mesir bimbangkan keselamatan rakyat Palestin dan mahu menghentikan serangan berbahaya ini serta mencapai gencatan senjata secepat mungkin," kata al-Sisi seperti dipetik oleh agensi berita itu.
Laporan itu juga menyebut Mesir sedang mengusahakan sesuatu sejak serangan itu bermula pada Isnin.
Serangan hari kedua pada Selasa malam membunuh sekurang-kurangnya 38 orang dan mengakibatkan lebih 300 yang lain cedera, lapor agensi berita AFP. Serangan udara tanpa henti itu turut memusnahkan banyak bangunan termasuk kediaman dan masjid, lapor beberapa penduduk yang terlibat.
Antara yang terbunuh termasuk seorang pejuang Palestin, enam kanak-kanak dan lima wanita, kata seorang jurucakap petugas kecemasan kepada AFP.
Media yang beroperasi di Gaza juga melaporkan maklumat yang sama termasuk daripada ketua biro The Washington Post di Baitulmaqdis, William Booth yang menemubual mereka yang terlibat jadi mangsa serangan.
Ranin Abd Elghafour, the latest child to be killed by #Israel in the latest attack on #GazaUnderAttack pic.twitter.com/Q61STC15if
— Gaza TV News (@GazaTVNews) July 9, 2014
Ketua Biro The Washington Post di Baitulmaqdis, William Booth yang membuat laporan di Gaza juga melaporkan perkara yang sama.
Little girl hit by shrapnel in Gaza. Just interviewed family. Her mother & brother killed in air strike. pic.twitter.com/LuehtzI3ix
— William Booth (@BoothWilliam) July 9, 2014
Serangan ini berlaku selepas tengah malam bermula apabila sebutir peluru berpandu jatuh ke atas rumah komander kanan Harakat Jihad Islami, Hafez Hammad serta ahli keluarganya.
Sepanjang malam, Israel melancarkan serangan ke atas 160 sasaran. Ini menjadikan semuanya 430 sasaran sejak operasi ketenteraan ini bermula pada awal pagi Selasa.
Dalam pada itu, Hamas membalas serangan dengan melancarkan roket ke wilayah Israel termasuk sampai ke Tel Aviv. Roket-roket itu bagaimanapun dipintas oleh sistem pertahanan rejim Zionis itu.
Topic Berkaitan
#Gaza
#Israel
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan