awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS terima cadangan 10 perkara untuk tamatkan perang - Iran
43 individu dipercayai serang pusat hiburan diberkas
Selangor bakal terima RM3 juta dari FIFA?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis Keselamatan PBB gesa hentikan keganasan di Myanmar

Bernama
Bernama
22/12/2022
05:05 MYT
Majlis Keselamatan PBB gesa hentikan keganasan di Myanmar
Pada 2017, tentera melancarkan serangan yang menyasarkan minoriti Muslim Rohingya. - Fail/REUTERS
NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menerima pakai resolusi mengenai situasi Myanmar pada Rabu, antara lain menggesa keganasan di Myanmar dihentikan.
Badan antarabangsa itu menggesa pemimpin tentera Myanmar supaya membebaskan "banduan yang ditahan sewenang-wenangnya", menghentikan serangan ke atas orang awam dan menghormati hak asasi manusia, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Sebanyak 12 negara anggota mengundi menyokong resolusi itu dengan Rusia, India dan China berkecuali.
Bekas ketua de facto kerajaan Myanmar Aung San Suu Kyi digulingkan dalam rampasan kuasa tentera pada Februari 2021 dan sejak itu beliau berdepan sabitan atas pelbagai pertuduhan termasuk rasuah, penipuan pilihan raya dan melanggar akta rahsia rasmi.
Suu Kyi, 77, kini ditahan di sebuah penjara di Naypyidaw sejak Jun lalu selepas diletakkan di bawah tahanan rumah berikutan rampasan kuasa tentera.
Pada 2017, tentera melancarkan serangan yang menyasarkan minoriti Muslim Rohingya. Ratusan ribu Rohingya terpaksa melarikan diri dan PBB menyifatkan penganiayaan ke atas mereka sebagai genosid (pembunuhan atau penghapusan secara sengaja sesuatu bangsa atau kaum).
Sejak 1983, Rohingya telah kehilangan kerakyatan mereka berikutan undang-undang yang diluluskan junta tentera Myanmar.
Pada Rabu, Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) merayu menyelamatkan segera sekumpulan pelarian Rohingya yang hanyut selama berminggu-minggu di Lautan Hindi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PBB
#Myanmar
#Aung San Suu Kyi
#pelarian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan