awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi sahkan pemulihan kapasiti talian paip utama
Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh ketika pakai kasut di depan surau sekolah
Polis sudah kenal pasti remaja baling batu dari tingkat 13 PPR
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majoriti rakyat AS tidak setuju dasar Biden mengenai konflik Gaza - Tinjauan

Bernama
Bernama
04/03/2024
14:48 MYT
Majoriti rakyat AS tidak setuju dasar Biden mengenai konflik Gaza - Tinjauan
Tinjauan The Wall Street Journal mendedahkan sebanyak 42 peratus daripada responden percaya Israel agak keterlaluan dalam tindakannya memerangi kumpulan Palestin di wilayah terkepung itu. - Gambar fail/ Reuters/Amir Cohen
MOSCOW: Sebanyak 60 peratus rakyat Amerika Syarikat (AS) tidak bersetuju dengan cara Presiden AS Joe Biden mengendalikan konflik antara Israel-Hamas di Semenanjung Gaza, lapor Sputnik.
Tinjauan oleh The Wall Street Journal pada Ahad mendedahkan sebanyak 42 peratus daripada responden percaya Israel agak keterlaluan dalam tindakannya memerangi kumpulan Palestin di wilayah terkepung itu.
Selain itu, sebanyak 19 peratus daripada responden percaya tindakan Israel di Gaza tidak memadai manakala 24 peratus lagi percaya tindak balas Israel adalah betul.
Tinjauan itu juga mendedahkan simpati dalam kalangan penduduk AS terhadap rakyat Palestin semakin meningkat kerana 33 peratus responden percaya Amerika Syarikat tidak melakukan cukup usaha untuk membantu mereka.
Pada masa sama 30 peratus rakyat Amerika berpendapat bahawa AS memberikan terlalu banyak bantuan kepada Israel.
Tinjauan itu dijalankan dari 21 hingga 28 Feb melibatkan seramai 1,500 responden.
--BERNAMA-SPUTNIK
Topic Berkaitan
#dasar Biden
#penduduk AS
#rakyat Palestin
#Semenanjung Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan