awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia gesa Majlis Keselamatan PBB Jamin keselamatan anggota UNIFIL

Astro Awani
Astro Awani
11/10/2024
14:53 MYT
Malaysia gesa Majlis Keselamatan PBB Jamin keselamatan anggota UNIFIL
Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan itu yang mengakibatkan dua anggota pengaman UNIFIL cedera.- Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil langkah sewajarnya untuk menjamin keselamatan anggota Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) susulan serangan rejim Zionis ke atas ibu pejabat pasukan itu di Naquora, Lubnan pada 10 Oktober.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan itu yang mengakibatkan dua anggota pengaman UNIFIL cedera.
Tambah kenyataan itu, serangan ke atas UNIFIL merupakan serangan terhadap Majlis Keselamatan PBB dan ke atas Piagam PBB.
"Serangan berterusan yang mensasarkan kakitangan PBB dan orang awam yang tidak bersalah adalah satu pelanggaran undang-undang antarabangsa yang berat.
"Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan tegas bagi menghentikan serangan berterusan oleh Israel dan mendesak rejim Zionis itu untuk mematuhi undang-undang antarabangsa dan resolusi-resolusi Majlis Keselamatan PBB termasuk resolusi 1701 (2006)," jelas kenyataan itu.
Batalion Malaysia (Malbatt) 850-11 yang ditempatkan di Tibnin dan Marakah dilaporkan selamat.
Malaysia juga mengutuk serangan udara oleh rejim Zionis Israel pada hari yang sama ke atas kawasan perumahan berpenduduk padat di Ras el-Nabaa dan al-Nuweiri di tengah Beirut, yang mengorbankan 22 orang dan mencederakan puluhan yang lain.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Kementerian Luar
#PBB
#rejim Zionis
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan