awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin

Bernama
Bernama
15/01/2025
20:00 MYT
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar menjawab pertanyaan media selepas bertemu Starmer di 10 Downing Street, London, 15 Jan 2025. Turut kelihatan, beberapa menteri Kabinet yang turut serta dalam lawatan kerja lima hari ke United Kingdom itu. --fotoBERNAMA
LONDON: Malaysia dan United Kingdom cukup optimis untuk mendapatkan penyelesaian dalam isu rakyat Palestin dan Gaza secepat mungkin.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan beliau dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street di sini hari ini.
"Kami membincangkan penyelesaian bagi isu rakyat Palestin dan Gaza dengan (resolusi) muktamad untuk mereka mencapai penyelesaian dua negara.
"Namun, sebelum itu (perlu) gencatan senjata segera. Kami begitu optimis untuk memperoleh penyelesaian secepat mungkin," kata beliau kepada media selepas pertemuan itu.
Kritikan Anwar terhadap kekurangan tindakan oleh negara Barat terhadap kekejaman Israel di Gaza telah menarik sokongan daripada tokoh terkemuka dalam pelbagai bidang di seluruh dunia.
Dalam pada itu, kerajaan pimpinan Starmer yang mula mentadbir enam bulan lepas, telah menggantung penjualan senjata tertentu kepada Israel dan memohon bantuan kemanusiaan kepada Gaza dan Tebing Barat dipercepat.
Menurut laporan media, setakat 8 Jan 2025 lebih 47,000 orang dilaporkan terbunuh sejak perang tercetus di Gaza pada Oktober 2023.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gaza
#Anwar Ibrahim
#gencatan senjata
#Keir Starmer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan