awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Imej papan induk NVIDIA N1 tular, cetus spekulasi cip komputer riba baharu
Pelajar USM wakili Malaysia pada pertandingan roket di AS
Palestin masih tidak selamat 6 bulan selepas gencatan senjata Gaza - Ketua Hak Asasi PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa letupan bom di Sungai Golok meningkat 13 orang

Bernama
Bernama
10/04/2018
05:53 MYT
Mangsa letupan bom di Sungai Golok meningkat 13 orang
Tiga butir bom meletup di bandar Sungai Golok, selatan Thailand kira-kira 6 petang semalam (waktu tempatan). - Foto Bernama
Bilangan mangsa yang cedera dalam kejadian tiga letupan bom di pekan Sungai Golok petang semalam meningkat kepada 13 orang termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun.
Ketua Polis Sungai Golok Kol Prayuth Wongsanti berkata, pihak keselamatan sedang memburu enam individu dipercayai terlibat dengan insiden letupan bom itu berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
"Mangsa yang cedera terdiri daripada individu berusia 53 tahun sehingga kanak-kanak berusia tiga tahun," katanya kepada pemberita hari ini dan menambah, kesemua mangsa menerima rawatan di hospital berhampiran.
Dalam kejadian 6 petang (waktu tempatan) semalam, tiga butir bom motosikal meletup di tiga kawasan berasingan di pekan sempadan yang popular dengan pengunjung Malaysia berikutan kedudukannya yang berhampiran dengan Rantau Panjang, Kelantan.
Setakat ini tiada laporan mengatakan pelancong Malaysia tercedera dalam insiden letupan bom semalam itu.
Menurut Prayuth, bom pertama meletup di hadapan sebuah pusat karaoke di Jalan Prachaviwat diikuti letupan kedua di hadapan sebuah restoran dan bom ketiga di belakang Hotel Plaza.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bom
#CCTV
#Golok
#Hospital
#hotel
#keselamatan
#letupan
#Malaysia
#mangsa
#pelancong
#polis
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan