awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Manila mahu hubungan AS-Filipina dipulihkan segera

Agensi
Agensi
13/03/2018
10:09 MYT
Manila mahu hubungan AS-Filipina dipulihkan segera
Delfin Lorenzana (kiri) pada majlis rasmi penyerahan pesawat ScanEagle Unmanned Aerial Vehicle di Pangkalan Udara Villamor, Pasay, Manila, 13 Mac, 2018. (Foto AP)
Di sebalik kata-kata pedas yang dilemparkan Presiden Filipina Rodrigo Duterte terhadap Amerika Syarikat (AS) sebelum ini, Manila pada Selasa menerima bantuan ketenteraan berupa pesawat pengintip dron AS menerusi tabung bantuan kewangan tentera asing bernilai AS$13.76 juta.
Enam pesawat dron terbabit diserahkan Duta AS ke Filipina, Sung Kim, kepada Setiausaha Pertahanan Filipina Delfin Lorenzana di pangkalan Angkatan Tentera Udara Villamor, Manila.
Menurut Lorenzana, bantuan seumpama itu dapat memperhebatkan lagi usaha menentang pengganas yang dilaungkan Duterte sebelum ini.
"Dengan peningkatan aktiviti keganasan di negara ini, saya melihat terdapat keperluan terhadap penggunaan pesawat dron terbabit untuk tugas pengawasan.
"Ia juga secara tidak langsung dapat mempercepat usaha pihak tentera yang melakukan tugas perisikan," jelasnya.
Tambah Lorenzana, sumbangan terbabit juga merupakan indikasi penting kepada hubungan kedua-dua negara.
"Kerjasama ini adalah kunci kepada komitmen negara bersahabat Filipina dan AS ke arah keamanan.
"Bagi pihak Filipina, saya ingin mengambil kesempatan ini bagi menyatakan hasrat baharu negara ini untuk mengekalkan hubungan positif kedua-dua negara dan mengenepikan perbezaan yang ada," jelasnya.
Sementara itu, menurut Sung Kim, keenam-enam dron terbabit adalah yang versi terbaharu yang mampu menyumbang kepada usaha membanteras pengganas di negara itu.
"Kesemua dron terbabit dilengkapi dengan kamera dan peralatan tambahan yang canggih dan dilihat signifikan kepada keperluan Angkatan Tentera Filipina (AFP).
"Secara ringkas, ia akan menyumbang kepada langkah awal keselamatan mutlak di Filipina," katanya.
Dron terbabit dijangka digunkaan bagi meningkatkan operasi pemantauan di darat, udara dan laut.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#AS
#dron
#Filipina
#keganasan
#keselamatan
#Manila
#pengganas
#pesawat
#Rodrigo Duterte
#tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan