awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China terbit kertas dasar keselamatan negara Hong Kong selepas hukuman penjara Jimmy Lai
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Marjorie Taylor Greene umum letak jawatan Kongres

Agensi
Agensi
22/11/2025
02:30 MYT
Marjorie Taylor Greene umum letak jawatan Kongres
Marjorie Taylor Greene yang sebelum ini dikenali sebagai penyokong tegar Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa Januari tahun depan. - Gambar fail AP
WASHINGTON: Ahli Kongres Georgia, Marjorie Taylor Greene yang sebelum ini dikenali sebagai penyokong tegar Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa Januari tahun depan.
Dalam video berdurasi lebih 10 minit yang dimuat naik pada Jumaat, Greene berkata, beliau membuat keputusan tersebut kerana merasakan dirinya tidak pernah diterima di Washington dan tidak pernah “serasi” dengan budaya politik di ibu negara.
Pengunduran itu berlaku selepas hubungan Greene dan Trump merosot dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
Greene lantang mengkritik pendirian Trump berhubung fail Jeffrey Epstein, dasar luar dan isu kesihatan.
Trump pula membalas dengan melabelnya sebagai “pengkhianat” serta menyatakan hasrat untuk menyokong pencabar beliau pada pilihan raya akan datang.
Greene turut memberitahu, hari terakhir beliau di Kongres ialah pada 5 Januari 2026.
White House, bagaimanapun, tidak memberikan sebarang maklum balas terhadap laporan tersebut setakat malam Jumaat.
Dalam videonya, Greene menegaskan, beliau kekal setia kepada Trump sepanjang kerjayanya kecuali dalam beberapa isu tertentu.
Beliau menambah bahawa Ahli Kongres perlu diberi ruang untuk mengundi mengikut suara hati dan kepentingan kawasan yang diwakili. - Agensi
Topic Berkaitan
#Marjorie Taylor Greene
#ahli Kongres
#penyokong Trump
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan