awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 kapal lalui Selat Hormuz dengan kebenaran Iran dalam tempoh 24 jam
Konflik Asia Barat: Operasi dramatik selamatkan juruterbang AS di kawasan terpencil Iran
Konflik Asia Barat: Tehran kecam ancaman Trump mengenai penutupan Selat Hormuz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masjidil Haram lancar program bimbingan jemaah haji wanita edisi kedua

Bernama
Bernama
18/05/2025
22:30 MYT
Masjidil Haram lancar program bimbingan jemaah haji wanita edisi kedua
Agensi Hal Ehwal Wanita di Masjidil Haram telah melancarkan edisi kedua program " Membimbing dan Menjawab Pertanyaan Wanita" sebagai persiapan menghadapi musim Haji. - Gambar fail
MAKKAH: Agensi Hal Ehwal Wanita di Masjidil Haram telah melancarkan edisi kedua program " Membimbing dan Menjawab Pertanyaan Wanita" sebagai persiapan menghadapi musim Haji.
Program ini bertujuan menjawab pertanyaan jemaah wanita mengenai ibadah, sambil memperkaya pengalaman spiritual dan keagamaan mereka.
Kepresidenan Hal Ehwal Agama Dua Masjid Suci telah memperkukuh program ini dengan menempatkan petugas wanita Arab Saudi yang pakar di dewan solat wanita, selaras dengan Wawasan 2030 Kerajaan Arab Saudi.
Inisiatif ini memberi kuasa kepada wanita Arab Saudi untuk berkhidmat kepada jemaah wanita dan pengunjung dalam peranan keagamaan khusus, mengikut prinsip syariah dan piawaian institusi.
Antara matlamat utama inisiatif ini adalah untuk memperluas bilangan dan waktu operasi pusat bimbingan agama wanita dalam Masjidil Haram, memastikan akses lebih meluas kepada maklumat tepat mengenai ibadah dan amalan keagamaan.
Perkhidmatan ini dikendalikan oleh cendekiawan agama wanita Saudi dan pakar yang berkelayakan tinggi.
Program ini bertujuan mewujudkan anjakan kualiti dalam perkhidmatan keagamaan kepada wanita dengan mempromosikan pengetahuan syariah yang boleh dipercayai serta menyediakan bimbingan dan sokongan yang tersusun.
Ia juga menyediakan suasana mesra bagi pengunjung wanita yang mencari penjelasan agama, sekali gus meningkatkan kesedaran mengenai hukum dan amalan Islam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jejak Al-Haramain
#Masjidil Haram
#jemaah haji wanita
#program bimbingan jemaah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan