awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat jutawan disimen, disumbat dalam peti sejuk

Sinar Harian
Sinar Harian
29/10/2019
23:26 MYT
Mayat jutawan disimen, disumbat dalam peti sejuk
Mayat mangsa disimen dengan konkrit lalu disumbat ke dalam peti sejuk. Kanan: Wannee Jiracharoenying sering menderma sejumlah besar wang kepada kuil dan hospital. - Foto Sinar Harian/ViralPress
Mayat seorang ahli perniagaan wanita bergelar jutawan dari Thailand yang disimen dengan konkrit ditemukan dalam peti sejuk di rumahnya.
Pemaju hartanah, Wannee Jiracharoenying, dilaporkan tidak kelihatan sejak 18 Oktober lalu selepas melawat sebuah kuil di Chiang Mai.
Abang mangsa, Woraphan Jiracharoenying, 59, mengambil keputusan mencari adiknya apabila mesej yang dihantar tidak berbalas.
Pihak polis menemukan mayat Wannee pada Ahad lalu susulan aduan jiran yang terhidu bau busuk dari kediaman mangsa.
Kes terbabit kini sedang disiasat dan pada masa sama pihak berkuasa cuba mengesan seorang rakan mangsa yang menghilangkan diri.
Mereka percaya rakan mangsa yang dikenali sebagai Oom itu mampu memberikan maklumat berhubung kematian jutawan berusia 58 tahun itu.
Dalam pada itu, beberapa pengeluaran wang dalam jumlah besar juga dikatakan telah dibuat menerusi akaun bank Wannee selepas kematiannya malah kereta dan kad bank mangsa turut hilang.
Ketua Polis, Jeneral Bundit Tungkhaseranee berkata, pihaknya kini memantau kawasan sempadan untuk memeriksa sama ada Oom telah melarikan diri ke luar negara.
"Kami berpendapat suspek melakukan jenayah tersebut untuk mencuri wang mangsa yang dikhabarkan sering menderma sejumlah besar wang kepada kuil dan hospital," kata Bundit.
Mayat Wannee kini telah dihantar ke Hospital Maharat Chiang Mai untuk proses identifikasi dan autopsi. - Agensi
Topic Berkaitan
#Chiang Mai
#disimen dengan konkrit
#Jutawan
#kuil
#mangsa
#mayat
#peti sejuk
#polis
#simen
#suspek
#Thailand
#Wannee Jiracharoenying
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan