awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki Sepanyol ditemukan di pangsapuri selepas 15 tahun meninggal dunia

Bernama
Bernama
13/10/2025
23:20 MYT
Mayat lelaki Sepanyol ditemukan di pangsapuri selepas 15 tahun meninggal dunia
Polis Kebangsaan Sepanyol percaya kematian berlaku secara semula jadi, namun bedah siasat akan dilakukan bagi mendapatkan maklumat lanjut. - Gambar hiasan
MADRID: Mayat seorang lelaki yang dipercayai meninggal dunia selama kira-kira 15 tahun ditemukan di sebuah pangsapuri di Bandar Valencia, Sepanyol, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Penemuan mengerikan itu berlaku di kawasan kejiranan La Fuensanta apabila anggota bomba dan polis memasuki unit tingkat enam bangunan pangsapuri melalui tingkap, bagi menyiasat banjir akibat hujan lebat, menurut laporan stesen TV RTVE dan Antena 3 pada Isnin.
Siasatan awal pihak berkuasa mendapati lelaki itu dikenali sebagai Antonio, dipercayai meninggal dunia pada 2010, pada usia 70 atau 71 tahun.
Mayat yang mengalami pemumiaan itu ditemui berpakaian lengkap di bilik tidur, dikelilingi burung merpati, bangkai merpati, serangga dan longgokan sampah. Pintu pangsapuri itu dikunci dari dalam dan tiada tanda jenayah dikesan.
Polis Kebangsaan Sepanyol percaya kematian berlaku secara semula jadi, namun bedah siasat akan dilakukan bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Jiran amat terkejut apabila menyedari mereka hidup serumah pangsapuri dengan mayat selama 15 tahun. Mereka yang mengenalinya menggambarkan Antonio sebagai seorang yang menyendiri dan tidak bersosial. Dia tinggal berasingan daripada keluarganya dan jarang berinteraksi dengan masyarakat setempat.
"Kami sangka dia sudah tinggal di rumah jagaan orang tua, sebab memang tak pernah nampak dia," kata seorang jiran kepada Antena 3.
"Kami tak kenal dia pun di sini. Kami semua masih terkejut," kata seorang lagi kepada akhbar El Pais.
Akhbar itu turut melaporkan yang kematiannya tidak disedari kerana bil bulanan terus dibayar seperti biasa dan jiran-jiran turut mengosongkan peti suratnya yang sentiasa penuh.
--BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#mayat
#pangsapuri
#warga emas
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan