awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Luar China lawat Thailand

Bernama
Bernama
13/10/2020
05:56 MYT
Menteri Luar China lawat Thailand
Wang Yi Menteri Luar China. - Gambar fail
BANGKOK:Menteri Luar China Wang Yi dijadual melawat Thailand pada Rabu dan Khamis untuk memperkukuh kerjasama dan pemulihan sosioekonomi pasca-COVID-19.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Negeri Thailand (MFA) berkata Wang dijadual melakukan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha selain bertemu Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar, Don Pramudwinai.
Isu-isu yang akan dibincangkan termasuk bagaimana cara untuk meningkatkan kerjasama dua hala dan serantau antara kedua-dua negara, serta pemulihan sosioekonomi yang terjejas disebabkan COVID-19.
"Lawatan ini bertujuan memperkukuhkan Kerjasama Strategik Komprehensif antara Thailand dan China di tengah-tengah cabaran serantau dan global, termasuk yang ditimbulkan pandemik COVID-19," kata kenyataan itu.
MFA berkata Wang, merangkap Anggota Majlis Negara China dan perwakilannya akan mematuhi langkah pencegahan COVID-19 yang ketat, bertujuan memastikan kesihatan awam dan keselamatan rakyat sepanjang mereka berada di negara itu.
Wang dalam rangka lawatan ke Asia Tenggara, dengan melakukan kunjungan rasmi ke Kemboja, Malaysia, Laos dan Thailand serta lawatan transit ke Singapura dari 11 hingga 15 Oktober.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Menteri Luar China
#wang yi
#Thailand
#pemulihan
#kerjasama
#COVID-19
#Menteri Luar
#China
#Prayuth Chan o-cha
#lawatan
#kunjungan hormat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan