awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Luar Thailand bertemu Suu Kyi

Bernama
Bernama
12/07/2023
09:09 MYT
Menteri Luar Thailand bertemu Suu Kyi
Pertemuan antara Don dan Suu Kyi yang sedang ditahan di penjara itu berlangsung selama kira-kira satu jam. - Reuters
BANGKOK: Menteri Luar Thailand Don Pramudwinai telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin Myanmar yang digulingkan Aung San Suu Kyi pada Ahad.
Jurucakap Kementerian Luar Thailand Kanchana Patarachoke berkata pertemuan antara Don dan Suu Kyi yang sedang ditahan di penjara itu berlangsung selama kira-kira satu jam.
"Beliau (Suu Kyi) berada dalam keadaan sihat dari segi fizikal dan mental," katanya dalam satu kenyataan.
Kanchana berkata Don juga telah memaklumkan mengenai pertemuan dengan Suu Kyi itu kepada rakan sejawatannya dari ASEAN yang bermesyuarat di Jakarta, Indonesia pagi ini .
Don, satu-satunya utusan asing yang bertemu Suu Kyi sejak beliau ditahan tentera selepas kerajaan pimpinannya digulingkan dalam satu rampasan kuasa pada 1 Februari 2021.
Pertemuan itu satu perkembangan penting dalam mencari penyelesaian bagi krisis politik dan kemanusiaan yang berterusan di Myanmar.
Sementara itu, Don memberitahu pemberita di luar mesyuarat menteri-menteri luar ASEAN di Jakarta bahawa pertemuan dengan Suu Kyi itu berjalan dengan baik.
Menurut AFP, Don berkata Suu Kyi telah meminta rundingan baharu diadakan bagi menamatkan krisis di Myanmar.
"Suu Kyi menggalakkan agar diadakan dialog," katanya sambil menambah bahawa beliau juga menyokong penglibatan dengan pihak berkuasa di Naypyidaw.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Menteri Luar Thailand
#Don Pramudwinai
#Aung San Suu Kyi
#Myanmar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan