awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri OPEC Plus adakan pertemuan bersemuka pertama sejak 2020

Bernama
Bernama
02/10/2022
03:35 MYT
Menteri OPEC Plus adakan pertemuan bersemuka pertama sejak 2020
Pertemuan bersemuka peringkat menteri OPEC itu adalah yang pertama diadakan sejak Mac 2020 berikutan sekatan COVID-19. - Gambar fail
VIENNA: Menteri-menteri minyak OPEC+ akan bertemu di Vienna pada 5 Oktober untuk membincangkan strategi pengeluaran masa depan, menurut kenyataan dikeluarkan organisasi itu pada Sabtu.
Pertemuan bersemuka peringkat menteri OPEC+ itu adalah yang pertama diadakan sejak Mac 2020 berikutan sekatan COVID-19, lapor Xinhua.
Pelabur menunggu keputusan mesyuarat OPEC+ minggu depan, berikutan kejatuhan harga minyak baru-baru ini disebabkan kebimbangan terhadap kelembapan ekonomi dan penguncupan permintaan.
Kedua-dua minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) dan Brent merosot daripada paras tertinggi lebih AS$120 setong pada Jun kepada kira-kira US$80 setong.
OPEC+ yang terdiri Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya, mengurangkan pengeluaran minyak secara besar-besaran pada 2020 apabila pandemik COVID-19 menjejaskan permintaan.
Kumpulan itu mula meningkatkan semula pengeluaran pada Julai 2021 memandangkan pasaran semakin pulih.
Pada mesyuarat terakhir peringkat menteri yang diadakan awal September, OPEC+ mengumumkan pemotongan kecil pengeluaran sebanyak 100,000 tong sehari untuk Oktober, pemotongan yang pertama dalam tempoh lebih setahun, untuk mengawal kemerosotan harga minyak mentah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#OPEC
#minyak
#strategi pengeluaran
#Vienna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan