awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesir ubah tarikh pilihan raya

Astro Awani
Astro Awani
23/02/2013
23:02 MYT
Mesir ubah tarikh pilihan raya
Presiden Mesir, Mohammed Morsi bertindak mengubah tarikh pilihan raya sehari selepas mengumumkannya.
Sebelum ini, pusingan pertama pengundian di Kaherah dan empat wilayah lain ditetapkan pada 27 April tetapi diawalkan pada 22 April ini.
Pindaan tarikh pilihan raya dibuat berikutan rungutan pihak Kristian Koptik di mana tarikh asal pilihan raya jatuh pada Hari Easter.
Sebelum ini tokoh pembangkang utama, Mohamed Elbaradei meminta supaya proses tersebut diboikot.
Bagaimanapun, beberapa parti pembangkang lain mengkritik gesaan El-Baradei itu.
Menurut mereka, tindakan boikot hanya akan memberikan kemenangan mudah kepada Ikhwanul Muslimin untuk terus berkuasa selepas Hosni Mubarak disingkirkan pada Februari 2011.
Pilihan raya sebelum ini menyaksikan sayap politik Ikhwanul Muslimin, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), menang 43 peratus kerusi di dewan rendah dan 56 kerusi di Majlis Shura.
Mohamed Morsi menetapkan tarih pilihan raya susulan pungutan suara pada Disember mengenai perlembagaan baru yang mengkehendaki proses itu diadakan dalam tempoh dua bulan.
Pilihan raya diadakan beberapa minggu selepas lebih 70 orang terbunuh berikutan pertelagahan antara pasukan keselamatan dan kumpulan penentang dalam protes besar-besaran memperingati ulang tahun kedua revolusi menggulingkan hosni.
Topic Berkaitan
#Mesir
#Mohammed Morsi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan