awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump

Bernama
Bernama
13/12/2024
22:45 MYT
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Langkah Zuckerberg (kanan) menyalurkan sumbangan AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Presiden AS menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump. - Gambar fail
NEW YORK: Gergasi media sosial Meta, menyumbang AS$1 juta kepada dana bagi majlis angkat sumpah Presiden terpilih Donald Trump, ketika syarikat itu berusaha memperbaiki hubungan menjelang penggal kedua pentadbirannya yang mungkin memperkenalkan peraturan baharu terhadap media sosial, lapor USA Today pada Khamis.
“Derma ini merupakan langkah terkini oleh Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump,” menurut laporan yang dipetik oleh Xinhua.
Zuckerberg dilaporkan berusaha memulihkan hubungannya dengan Trump dan pemimpin Republikan lain sejak beberapa bulan lalu, selepas menerima kritikan pada 2021 kerana menyekat bekas Presiden itu daripada platform Meta susulan insiden serangan di Capitol AS pada 6 Jan 2021.
Trump, sebaliknya, kerap mengecam Meta dan dalam satu temu bual awal tahun ini menyifatkan laman Facebook sebagai “musuh rakyat,” menurut laporan itu. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#angkat sumpah Presiden AS
#Meta sumbang 1 juta
#Mark Zuckerberg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan