awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH17: Pengeluar misil tawar tembak Boeing 777 untuk buktikan Rusia tidak bersalah

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
03/06/2015
07:43 MYT
MH17: Pengeluar misil tawar tembak Boeing 777 untuk buktikan Rusia tidak bersalah
Syarikat pengeluar misil Buk itu percaya demonstrasi tersebut boleh membuktikan Rusia tidak bertanggungjawab di atas insiden penembakan jatuh pesawat berkenaan. -Gambar fail
Konglomerat pertahanan Rusia pada Selasa telah menawarkan untuk memperbuat semula insiden nahas pesawat MH17 ditembak jatuh dengan menembak sebuah lagi pesawat Boeing 777 dari udara menggunakan sistem peluru berpandu Buk.
Syarikat pengeluar misil Buk itu, Almaz-Antey percaya demonstrasi tersebut boleh membuktikan Rusia tidak bertanggungjawab di atas insiden penembakan jatuh pesawat berkenaan.
Mereka membuat kesimpulan bahawa pesawat Malaysia Airlines MH17 telah dibedil sebuah peluru berpandu yang lebih tua usianya yang digunakan oleh Ukraine.
Mikhail Malyshevsky, penasihat kepada Pengarah Besar syarikat pembuatan tersebut, berkata dalam satu sidang akhbar bahawa kesimpulan itu dibuat berdasarkan penilaian pada gambar bangkai pesawat yang didedahkan kepada umum, lapor AP.
Malyshevsky berkata lubang-lubang pada beberapa bahagian kapal terbang itu konsisten dengan satu contoh spesifik peluru berpandu Buk dan kepala peledaknya.
Setiap subjenis Buk tersebut dilengkapi kepala peledak dengan serpihan bom dengan bentuk yang khusus.
Variasi peluru berpandu ini hanya terdapat di kem tentera Ukraine, kata Pengarah Almaz Antey, Yan Novikov.
Novikov turut memaklumkan, Ukraine memiliki sejumlah 991 misil seumpamanya pada tahun 2005.
Novikov dipetik The Guardian sebagai berkata Almaz-Antey bersedia untuk memperbuat semula insiden nahas, “walaupun melibatkan kos yang besar”, untuk membuktikannya selain menjemput pemerhati antarabangsa untuk turut mengambil bahagian.
“Mereka mungkin akan membeli sebuah pesawat yang tidak digunakan lagi, terbangkannya menggunakan sistem pandu auto, dan kemudian menembaknya jatuh di tapak ujian ketenteraan,” kata Igor Korotchenko, seorang penganalisis pertahanan Rusia.
“Matlamatnya untuk mendapatkan semua sudut dan menunjukkan kerosakan yang dialami.”
Rusia sebelum ini menafikan mereka adalah punca pesawat malang itu terhempas dan mengorbankan 298 orang pada Julai tahun lalu.
Topic Berkaitan
#Almaz-Antey
#MH17
#misil buk
#Rusia
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan