awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH319 patah balik selepas empat jam berlepas dari Beijing ke Kuala Lumpur

Fareez Azman
Fareez Azman
01/01/2020
09:15 MYT
MH319 patah balik selepas empat jam berlepas dari Beijing ke Kuala Lumpur
Malaysia Airlines mengesahkan pesawat MH 319 mengalami masalah teknikal selepas empat jam berlepas dari Beijing ke Kuala Lumpur. - Gambar Astro AWANI
Pesawat Malaysia Airlines dari Beijing, China terpaksa berpatah balik selepas empat jam berlepas dari Lapangan Terbang Daxing.
Pesawat MH319 itu terpaksa berbuat demikian disebabkan mengalami masalah teknikal.
Mengesahkan perkara itu, MAS berkata, pesawat MH319 dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Daxing, Beijing pada jam 9.30 pagi dan dijangka tiba di Kuala Lumpur jam 4.00 petang.
Bagaimanapun, pesawat itu terpaksa berpatah balik selepas empat jam berlepas ekoran masalah teknikal yang dihadapi dan berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Daxing, Beijing pada pukul 1.24 petang.
Malaysia Airlines dalam masa sama menyatakan rasa kesal dengan kesulitan yang terpaksa dihadapi penumpang berhubung insiden itu.
Sementara itu, salah seorang penumpang MH 319 menerusi akaun Twitter AdyBoy78 turut berkongsi insiden itu dan meminta orang ramai mendoakan keselamatan beliau dan penumpang lain.
Assalamualaikum wht.. Flight kami MH319 dari Beijing ke KUL jam 950pg tadi terpaksa berpatah balik ke Beijing coz ada masalah teknikal. Alhamdulillah now kapal telah mendarat dgn selamat di Beijing airport. Doakan keselamatan kami disini ya. MHA 1337hrs 01012020@MAS@adyboy78 pic.twitter.com/RJbWvrBJK9
— AdyBoy (@adyboy78) January 1, 2020
Dalam reaksi segera pada hantaran AdyBoy78, Malaysia Airlines berkata, syarikat berkenaan sedang berusaha sedaya upaya menyelesaikan perkara tersebut serta memastikan pesawat dalam keadaan baik kerana keselamatan penumpang menjadi keutamaan mereka.
Topic Berkaitan
#Beijing
#Berpatah Balik
#Kuala Lumpur
#Lapangan Terbang Daxing
#Malaysia Airlines
#MAS
#masalah teknikal
#MH319
#pesawat
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan