awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH370: Australia nafi mahu hentikan pencarian

Agensi
Agensi
02/03/2015
05:59 MYT
MH370: Australia nafi mahu hentikan pencarian
TRUSS: Australia, China dan Malaysia tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menghentikan pencarian pesawat Penerbangan Malaysia Airlines MH370 yang hilang di luar pantai Australia Barat. -Gambar fail
Australia, China dan Malaysia tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menghentikan pencarian pesawat Penerbangan Malaysia Airlines MH370 yang hilang di luar pantai Australia Barat.
Jurucakap Menteri Pengangkutan Australia Warren Truss dalam satu kenyataan di portal berita The Australian hari ini menafikan bahawa ketiga-tiga negara itu telah berbincang untuk menamatkan pencarian pesawat malang itu.
"Perbincangan tersebut bukan untuk menghentikan carian," kata jurucakap itu.
"Perbincangan yang sedang dijalankan adalah berhubung dengan pencarian itu."
Terdahulu, agensi berita Reuters memetik Truss sebagai berkata bahawa pencarian tidak mungkin dapat diteruskan selama-lamanya, dan perbincangan telah diadakan dengan China dan Malaysia sama ada untuk menghentikan operasi dalam beberapa minggu lagi.
Topic Berkaitan
#Australia
#China
#hilang
#Malaysia
#Menteri Pengangkutan
#MH370
#waren truss
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan