awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Misi kemanusiaan buat Rohingya adalah cermin keprihatinan kerajaan

Bernama
Bernama
09/09/2017
23:40 MYT
Misi kemanusiaan buat Rohingya adalah cermin keprihatinan kerajaan
TAJUDDIN: Kita berasa bersimpati, sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku ke atas masyarakat Rohingya.
Misi bantuan kemanusiaan yang dihulurkan Malaysia kepada pelarian Rohingya di sempadan Bangladesh-Myanmar dilakukan atas dasar kemanusiaan seterusnya mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap penderitaan yang dialami mereka.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana tidak semua negara di seluruh dunia melakukan perkara yang sama seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kita berasa bersimpati, sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku ke atas masyarakat Rohingya. Perdana Menteri telah menyuarakan pandangan serta menghulurkan bantuan kemanusiaan dan memberi layanan sewajarnya kepada pelarian Rohingya," katanya.
Tajuddin yang juga Anggota Parlimen Pasir Salak bercakap kepada pemberita selepas Program Ziarah Kasih Veteran, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pasir Salak di Felcra Changkat Lada di sini pada Sabtu.
Perdana Menteri hari ini berkata bantuan makanan dan keperluan seberat 12 tan dihantar ke Chittagong di Bangladesh dengan dua pesawat A400M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan 35 sukarelawan iM4U akan turut dihantar dalam misi kemanusiaan itu.
Najib berkata satu pasukan peninjau akan turut dihantar ke Dhaka, Bangladesh pada Isnin depan untuk berbincang dengan Kerajaan Bangladesh mengenai tindakan susulan yang boleh dilakukan dalam membantu pelarian Rohingya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemanusiaan
#kerajaan
#Malaysia
#Myanmar
#pelarian
#penindasan
#PRIHATIN
#Rohingya
#Tajuddin Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan