awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir di KL, 11 negeri hingga 9 malam ini
ETCon26 pacu pelaksanaan pelan peralihan tenaga negara
MFL rancang pertemuan meja bulat bersama semua CEO kelab Liga-M
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mogok dijangkakan di beberapa lapangan terbang Perancis pada hujung minggu

Bernama
Bernama
27/04/2023
10:39 MYT
Mogok dijangkakan di beberapa lapangan terbang Perancis pada hujung minggu
Keputusan kerajaan, yang diluluskan Emmanuel Macron pada pertengahan Mac, menaikkan umur persaraan daripada 62 kepada 64, kini sudah pun menjadi undang-undang. -Gambar fail/AP
PARIS: Pelancong yang terbang masuk dan keluar dari Perancis - sekali lagi - perlu bersiap sedia menghadapi bantahan terbaharu ke atas undang-undang pembaharuan pencen kerajaan.
Mulai petang Ahad hingga pagi Selasa, pembatalan dan kelewatan penerbangan dijangkakan berlaku di lapangan terbang Paris Orly dan Paris Charles de Gaulle serta di Marseille, Lyon, Bordeaux, Nantes, Toulouse, Nice dan Beauvais, lapor agensi berita Jerman (dpa) memetik kenyataan pihak berkuasa penerbangan awam Perancis pada Rabu.
Keputusan kerajaan, yang diluluskan oleh Presiden Emmanuel Macron pada pertengahan Mac, menaikkan umur persaraan daripada 62 kepada 64, kini sudah pun menjadi undang-undang.
Bagaimanapun, kesatuan sekerja sekali lagi akan mengadakan bantahan dan mogok di seluruh negara pada Isnin sempena Hari Pekerja Antarabangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Paris
#Emmanuel Macron
#pelancong
#penerbangan awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan