awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Monyet 'curi' sampel darah pesakit COVID-19

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
30/05/2020
05:04 MYT
Monyet 'curi' sampel darah pesakit COVID-19
Sekumpulan monyet di India dilapor menyerang seorang pegawai perubatan dan membawa lari sampel darah pesakit yang disahkan positif jangkitan COVID-19. -Gambar hiasan
Sekumpulan monyet di India dilapor menyerang seorang pegawai perubatan dan membawa lari sampel darah pesakit yang disahkan positif jangkitan COVID-19.
Serangan itu berlaku minggu lalu semasa juruteknik makmal itu berjalan sendirian di kampus kolej perubatan yang dikendalikan kerajaan di Meerut, utara Lucknow.
Menurut pegawai atasan kolej perubatan, Dr SK Garg, pihaknya terpaksa mengambil semula sampel darah daripada pesakit yang dijangkiti, lapor Reuters.
"Monyet-monyet itu melarikan sampel darah empat pesakit COVID-19 yang sedang menjalani rawatan dan kini kami terpaksa mengambil sekali lagi sampel darah tersebut," katanya.
Perkara yang agak membimbangkan penduduk perumahan adalah jika monyet-monyet terbabit menumpahkan sampel darah tersebut di kawasan perumahan.
Pada masa sama, Dr SK Garg juga tidak dapat mengesahkan sama ada monyet-monyet berkenaan boleh dijangkiti COVID-19 jika bersentuhan dengan sampel darah tersebut.
India setakat ini mencatatkan 165,799 kes jangkitan koronavirus SARS-CoV-2 punca wabak COVID-19 dengan 4,706 kematian.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#curi sampel darah pesakit
#Dr SK Garg
#India
#kes jangkitan koronavirus
#koronavirus
#monyet
#pegawai perubatan
#SARS-COV-2
#serangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan