awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Monyet di Zoo Kyoto dapat hidangan bersalut ais untuk atasi bahang musim panas

Bernama
Bernama
25/08/2024
01:00 MYT
Monyet di Zoo Kyoto dapat hidangan bersalut ais untuk atasi bahang musim panas
Zoo di Wilayah Kyoto telah memberikan monyet-monyet hidangan bersalut ais untuk membantu mereka menyejukkan badan semasa cuaca panas terik musim panas.
KYOTO: Sebuah zoo di Wilayah Kyoto telah memberikan monyet-monyet hidangan bersalut ais untuk membantu mereka menyejukkan badan semasa cuaca panas terik musim panas.
Agensi berita The Kyoto Shimbun/Kyodo melaporkan bahawa monyet-monyet itu berebut-rebut mendapatkan makanan kegemaran mereka seperti epal, tembikai, dan jagung yang diletakkan dalam blok ais semasa acara tahunan musim panas pada 4 Ogos di Zoo Sandanike RAVIHOUSE di Fukuchiyama.
Sebanyak 34 ekor kera Jepun tinggal di salah satu kawasan pameran zoo yang dikenali sebagai Sarugashima.
Tahun ini, kakitangan zoo membawa dua blok ais ke kawasan pameran dan memecahkannya di atas tanah untuk memudahkan monyet-monyet itu mendapatkan buah-buahan dan sayur-sayuran.
Monyet-monyet itu tidak membuang masa untuk melompat ke arah ais. Ada yang menikmati hidangan diliputi ais, manakala yang lain hanya menekan badan mereka pada ais untuk merasai kesejukannya.
"Monyet suka ais," kata pengarah zoo, Toshikuni Nihonmatsu.
"Ia sejuk dan menyegarkan, jadi ada yang berjalan sambil memegang ketulan ais itu. Tahun ini panas seperti biasa, jadi saya mahu mereka menikmati hadiah kami sehingga senja." - BERNAMA
Topic Berkaitan
#monyet
#Zoo Kyoto
#hidangan bersalut ais
#musim panas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan