awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[EKSKLUSIF] Situasi semakin serius, tingkap masa tindakan semakin sempit - Tengku Zafrul
Malaysia kutuk tindakan provokasi menteri Israel di Masjid Al-Aqsa
Malaysia sambut baik perkembangan positif Asia Barat, tekankan keamanan berkekalan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Moscow bantah keputusan Jerman usir diplomat - Kementerian Luar Rusia

Bernama
Bernama
23/04/2023
04:20 MYT
Moscow bantah keputusan Jerman usir diplomat - Kementerian Luar Rusia
Rusia turut mengumumkan akan mengusir diplomat Jerman dan memutuskan untuk mengurangkan jumlah petugas misi Jerman di negara itu. - Gambar hiasan
MOSCOW: Moscow membantah keputusan Jerman yang memutuskan untuk mengusir pekerja misi diplomatik Rusia di negara itu, lapor Sputnik memetik kenyataan Kementerian Luar Rusia pada Sabtu.
"Kerajaan Jerman telah membuat keputusan mengenai pengusiran besar-besaran pekerja misi diplomatik Rusia di Jerman... Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Berlin itu yang boleh menggugat hubungan diplomatik Rusia-Jerman," menurut kementerian itu.
Berikutan itu, Rusia turut mengumumkan akan mengusir diplomat Jerman dan memutuskan untuk mengurangkan jumlah petugas misi Jerman di Rusia.
"Duta Jerman ke Rusia Geza Andreas von Geyr telah dimaklumkan mengenai hal itu semasa perbincangan di Kementerian Luar Rusia pada 5 April lalu," menurut kenyataan itu.
Menurut Rusia, walaupun Jerman memberi jaminan bahawa pengusiran itu tidak akan dihebahkan, namun Berlin didakwa telah membocorkan maklumat kepada media.
Pada akhir Mac, media Jerman melaporkan bahawa Kementerian Luar Jerman merancang untuk mengusir lebih 30 diplomat Rusia.
Sebelum ini, pada April 2022, Menteri Luar Jerman Annalena Baebock mengisytiharkan 40 diplomat Rusia sebagai persona non grata manakala Rusia pula mengusir 40 diplomat Jerman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengusiran besar-besaran
#pekerja misi diplomatik
#Jerman
#Rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan