awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Myanmar lancarkan kempen 'Seorang Pelancong, Sebatang Pokok'

Bernama
Bernama
17/06/2024
13:00 MYT
Myanmar lancarkan kempen 'Seorang Pelancong, Sebatang Pokok'
Kempen itu menggalakkan sektor pelancongan menyumbang kepada pemeliharaan alam semula jadi dan pengurangan kesan pelepasan gas rumah hijau. - Adobe Stock
YANGON: Myanmar telah melancarkan kempen "Seorang Pelancong Sebatang Pokok" yang membenarkan pelancong antarabangsa menanam pokok peringatan untuk menggalakkan pelancongan yang lestari dan bertanggungjawab, kata seorang pegawai daripada Jabatan Promosi Pelancongan kepada Xinhua pada Isnin.
Inisiatif itu, yang dilancarkan bersama oleh Kementerian Hotel dan Pelancongan serta Kementerian Sumber Asli dan Pemuliharaan Alam Sekitar, bertujuan untuk mengurangkan kesan bencana berkaitan iklim, katanya.
Kempen itu menggalakkan sektor pelancongan menyumbang kepada pemeliharaan alam semula jadi dan pengurangan kesan pelepasan gas rumah hijau yang berkaitan dengan pelancongan, katanya.
Kempen ini akan diadakan setiap tahun dari Jun hingga November di destinasi pelancongan utama seperti Yangon, Nay Pyi Taw, tapak arkeologi Bagan, Mandalay, Tasik Inle, Pantai Ngwe Saung, dan Pantai Chaungtha, kata pegawai itu.
Dalam empat bulan pertama tahun ini, Myanmar telah menerima lebih 430,000 pelancong asing, dengan majoriti berasal dari China, diikuti oleh Thailand, melalui pengaturan visa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Myanmar
#pelancong
#tanam pokok
#kempen
#pelancongan lestari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan