awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
Keluarga Jimmy Lai rayu Trump, pemimpin dunia gesa Beijing bebaskan taikun media Hong Kong itu
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas Air India: Seorang penumpang dilaporkan selamat - Komisioner Polis

Agensi
Agensi
12/06/2025
14:40 MYT
Nahas Air India: Seorang penumpang dilaporkan selamat  - Komisioner Polis
Warga Britain berusia 38 tahun itu dilaporkan duduk di kerusi bernombor 11A sempat melompat keluar dari pesawat AI171 ketika nahas berlaku. - Foto tular/Agensi
KUALA LUMPUR: Seorang penumpang Air India, Ramesh Vishwaskumar Bucharvada, dilaporkan satu-satunya individu yang terselamat dalam nahas udara di Ahmedabad, India pada Khamis.
Warga Britain berusia 38 tahun itu dilaporkan duduk di kerusi bernombor 11A sempat melompat keluar dari pesawat AI171 ketika nahas berlaku.
Sebuah video tular menunjukkan Ramesh, yang mengalami kecederaan, berjalan menuju ke lokasi nahas.
Mengesahkan perkembangan terkini ini, Komisioner Polis, G.S.Malik dilaporkan berkata, pihak polis berjumpa dengan Ramesh di sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan.
"Tidak dapat dikenal pasti buat masa ini, jumlah kematian yang sebenar. Jumlah mungkin akan meningkat kerana pesawat berkenaan terhempas di kawasan perumahan," kata Malik.
[TERKINI]: Pesawat Air India dalam perjalanan ke London terhempas
Kerusi bernombor 11A dalam pesawat Air India 787-8 Dreamliners terletak di barisan hadapan kelas Ekonomi kabin. Kerusi bersebelahan tingkap pesawat itu terletak di sebelah kanan dan dua barisan ke hadapan sayap pesawat.
Terdahulu, Komisioner Polis dilaporkan berkata kesemua penumpang terkorban dalam nahas berkenaan.
Stesen televisyen NDTV turut melaporkan perkembangan terbaharu ini dan menggelar lelaki berkenaan, 'the walking miracle'.
Pesawat Air India itu terhempas pada jam 1.38 tengah hari sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sardar Vallabhbhai Patel di Ahmadebad, India, pada Khamis. Pesawat itu turut merempuh sebuah asrama perubatan, Kolej Perubatan B.J. yang terletak berdekatan lapangan terbang itu.
Topic Berkaitan
#nahas Air India
#nahas kapal terbang di Ahmadebad
#Ramesh Vishwaskumar Bucharvada
#Komisioner Polis G S Malik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan