awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas Black Hawk-American Airlines: 18 mayat ditemukan di Sungai Potomac

Astro Awani
Astro Awani
30/01/2025
06:00 MYT
Nahas Black Hawk-American Airlines: 18 mayat ditemukan di Sungai Potomac
beberapa agensi sedang menyelaraskan operasi mencari dan menyelamat di Sungai Potomac. -Gambar fail/Reuters
WASHINGTON: Sejumlah 18 mayat dilapor ditemukan di Sungai Potomac susulan nahas pesawat penumpang American Airlines dengan helikopter tentera Black Hawk berhampiran Lapangan Terbang Kebangsaan Ronald Reagan Washington di Washington DC, pada Rabu.

Ringkasan AI
  • 18 mayat ditemukan di Sungai Potomac selepas nahas pesawat penumpang American Airlines dengan helikopter tentera Black Hawk berhampiran Lapangan Terbang Kebangsaan Ronald Reagan Washington di Washington DC.
  • Tiga kawasan serpihan dikenal pasti di dalam air dan tiada mangsa yang terselamat ditemui setakat ini.
  • Pesawat membawa 60 penumpang dan empat anak kapal, manakala helikopter membawa tiga anak kapal. Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Pegawai polis berkata terdapat sekurang-kurangnya tiga kawasan serpihan di dalam air dikenal pasti dan sekurang-kurangnya 18 mayat telah ditemukan setakat jam 11.30 malam waktu tempatan, lapor CBS News.
Pegawai tersebut memaklumkan bahawa tiada mangsa yang terselamat ditemukan setakat ini.
Terdahulu CNN dalam laporannya berkata pasukan penyelamat belum mengeluarkan mangsa dari dalam sungai dan usaha menyelamat masih diteruskan, memetik sumber penguatkuasaan undang-undang.
Pesawat PSA Airlines Bombardier CRJ700 dilapor membawa 60 penumpang dan empat anak kapal, manakala helikopter 'Black Hawk' Sikorsky H-60 milik Tentera Darat membawa tiga anak kapal.
Jabatan Polis Metropolitan dalam satu kenyataan berkata beberapa agensi sedang menyelaraskan operasi mencari dan menyelamat di Sungai Potomac dan tiada maklumat yang disahkan mengenai kematian pada masa ini.
Topic Berkaitan
#Black hawk
#American Airlines
#pesawat penumpang
#SAR
#Sungai Potomac
#Sikorsky H-60
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan