awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Reedie, tokoh berpengaruh Olimpik dan anti-doping, meninggal dunia pada usia 84 tahun
Konflik Rusia-Ukraine: Dron Ukraine serang terminal minyak Rusia
Konflik Asia Barat: Trump beri amaran Iran boleh dilumpuhkan dalam satu malam jika ingkar perjanjian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas Sriwijaya: 15 beg mayat dibawa ke hospital

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
10/01/2021
23:34 MYT
Nahas Sriwijaya: 15 beg mayat dibawa ke hospital
Operasi mencari dan menyelamat, SAR berjaya membawa keluar lapan lagi beg mayat dipercayai penumpang pesawat Sriwijaya Air SJ182 yang terhempas pada Sabtu. -Kompas TV
JAKARTA:Operasi mencari dan menyelamat, SAR berjaya membawa keluar lapan lagi beg mayat dipercayai penumpang pesawat Sriwijaya Air SJ182 yang terhempas pada Sabtu.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan 15 beg mayat ditempatkan di hospital setakat ini.
Menurut Kompas TV, kesemua mayat mangsa ditempatkan di Hospital Polri Jakarta Timur.
Satu demi satu ambulans dilihat tiba membawa keluar beg dipercayai berisi mayat yang belum diketahui keadaannya.
Susulan itu, proses pengecaman mayat mangsa dimulakan dengan melakukan padanan DNA dengan waris dan keluarga.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Nahas pesawat Sriwijaya Air Indonesia
Pada malam Ahad, Pasukan SAR dalam operasi pencarian pesawat Sriwijaya Air yang terhempas di perairan Kepulauan Seribu, mula menemukan serpihan pesawat dan enjin, barangan penumpang serta cebisan-cebisan mayat.
Pesawat komersial Sriwijaya Air yang terputus hubungan selepas berlepas dari ibu kota Jakarta menuju ke Pontianak, disahkan terhempas di perairan Kepulauan Seribu, Jakarta, pada Sabtu.
Pesawat komersial itu terhempas sekitar Pulau Laki dan Pulau Lancang, di kawasan perairan Kepulauan Seribu.
Topic Berkaitan
#nahas sriwijaya air
#pesawat terhempas
#operasi sar
#beg mayat
#SJ182
#ujian DNA
#Hospital Polri Jakarta Timur
#proses pengecaman mayat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan