awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Naya Rivera mungkin diseret ke dalam pusaran air

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
11/07/2020
13:43 MYT
Naya Rivera mungkin diseret ke dalam pusaran air
Terdahulu misteri kehilangan Rivera dikesan selepas penemuan anak lelakinya yang berusia empat tahun didalam kapal yang disewa Rivera.
MISI mencari dan menyelamat (SAR) bintang Glee, Naya Rivera telah memasuki hari ketiga.
Pelakon yang memegang watak Santana Lopez dalam siri muzikal popular itu dibimbangi lemas di Tasik Piru akibat diseret oleh pusaran air.
Menurut laporan media antarabangsa, kebimbangan itu disuarakan oleh Andrea Arredondo, 26, yang merupakan sepupu kepada Denise Arredondo yang meninggal dunia pada 2009 kerana disedut masuk ke dalam pusaran air di tasik yang sama pada usia 9 tahun.
" Saya sangat terkejut dengan maklumat ini dan saya tidak menyedari bahawa pusaran air boleh berlaku di tasik" "Saya berharap ia bukan penyebab Rivera tidak muncul kembali namun itu salah satu kemungkinan" katanya.
BACA : Pelakon Glee Naya Rivera hilang di tasik, anak 4 tahun terbiar atas bot
BACA : Naya Rivera hilang: Tasik Piru ditutup bagi meneruskan operasi pencarian
Andrea mengatakan Denise dan keluarganya berenang di tasik pada 16 Mei 2009 dan menuju ke kawasan cetek sebelum dia tiba-tiba diseret ke dalam pusaran air.
Pada masa sama, penyelam profesional, Robert Inglis menyatakan kepala Rivera berkemungkinan terhentak pada kayu atau batu yang ada di dasar tasik tersebut semasa sedang menyelam.
Terdahulu misteri kehilangan Rivera dikesan selepas penemuan anak lelakinya yang berusia empat tahun didalam kapal yang disewa Rivera.
Topic Berkaitan
#Denise Arredondo
#Glee
#hilang
#lemas
#Naya Rivera
#Pusaran Air
#Santana Lopez
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan