awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

New York laksana pelan harga kesesakan kenderaan pertama di AS

Bernama
Bernama
05/01/2025
15:00 MYT
New York laksana pelan harga kesesakan kenderaan pertama di AS
Pelan harga kesesakan ini dianggarkan dapat mengurangkan jumlah kenderaan memasuki zon pelepasan kesesakan sebanyak 10 peratus dan jarak perjalanan kenderaan di zon itu sebanyak lima peratus. - Gambar fail/Reuters
NEW YORK: Pelan harga kesesakan kenderaan yang meliputi kawasan Lower dan Midtown Manhattan mula berkuat kuasa pada Ahad, menjadikan New York City, bandar raya pertama di Amerika Syarikat (AS) melaksanakan pelan sedemikian, lapor Xinhua.
Kenderaan akan dikenakan tol untuk memasuki zon pelepasan kesesakan dengan jumlah bayaran bergantung kepada jenis kenderaan, masa, sama ada terdapat kredit lintasan, serta kaedah pembayaran, dengan diskaun dan pengecualian diberikan kepada pemandu atau kenderaan tertentu, menurut Pihak Berkuasa Pengangkutan Metropolitan (MTA).
Kenderaan penumpang dan komersial kecil, lori, bas, dan motosikal yang memasuki zon pelepasan kesesakan akan dikenakan bayaran sekali sehari, manakala penumpang teksi dan kenderaan sewa akan dikenakan bayaran bagi setiap perjalanan ke, dari, dalam, atau melalui zon terbabit.
Tol itu dijangka diselaraskan pada 2028 dan 2031 apabila pengawal selia secara berperingkat menghapuskan 40 peratus diskaun yang ditawarkan pada peringkat awal.
Pelan harga kesesakan ini dianggarkan dapat mengurangkan jumlah kenderaan memasuki zon pelepasan kesesakan sebanyak 10 peratus dan jarak perjalanan kenderaan di zon itu sebanyak lima peratus.
MTA dijangka memperoleh hasil tambahan sebanyak US$1 bilion setahun bagi membiayai pelan perbelanjaan modal sehingga US$15 bilion.
Pelan berkenaan mencetuskan kontroversi dengan pelbagai tuntutan mahkamah difailkan di New York dan New Jersey, tetapi pihak lawan gagal menghalang pelaksanaannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#motosikal
#New York
#teksi
#jumlah kenderaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan