awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

New Zealand lanjut sekatan pergerakan untuk 12 hari lagi

Agensi
Agensi
14/08/2020
11:10 MYT
New Zealand lanjut sekatan pergerakan untuk 12 hari lagi
Jacinda Ardern memaklumkan langkah itu dipersetujui oleh barisan kabinet bagi mengenal pasti kontak rapat dalam kluster tersebut. - Foto REUTERS
NEW ZEALAND melanjutkan tempoh sekatan perjalanan di Auckland untuk sekurang-kurangnya 12 hari lagi bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
Menurut Perdana Menterinya, Jacinda Ardern, langkah itu dipersetujui oleh barisan kabinet bagi mengenal pasti kontak rapat dalam kluster tersebut.
"Seiring dengan langkah pencegahan dan prinsip yang diamalkan oleh negara ini, barisan kabinet bersetuju untuk melanjutkan tempoh sekatan pergerakan selama 12 hari lagi dan menjadikan ia genap dua minggu.
"Jangkaan kami ketika ini adalah untuk mengenal pasti kontak rapat dalam perimeter kluster tersebut dan mengasingkan mereka dan kita boleh beralih ke peringkat dua di Auckland," katanya dalam sidang media di Wellington pada Jumaat.
Ketika ini Kementerian Kesihatan negara itu sedang melakukan ujian saringan terhadap pekerja di pelabuhan adalah punca utama penularan tempatan sejak tiga bulan lalu.
Sehingga kini, penularan itu sudah menjangkiti 30 pesakit lain dan merebak sehingga luar bandar Auckland.
Kebanyakan kes yang direkodkan melibatkan ahli keluarga rapat dan pekerja setempat.
Topic Berkaitan
#Auckland
#COVID-19
#Jacinda Ardern
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#New Zealand
#sekatan perjalanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan