awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Noel Tata dilantik sebagai Pengerusi Tata Trusts India

Bernama
Bernama
11/10/2024
22:00 MYT
Noel Tata dilantik sebagai Pengerusi Tata Trusts India
Noel Tata tiba pada satu acara di Tata, Mumbai, India, 10 Okt 2024. REUTERS
NEW DELHI: Tata Trusts, cabang kedermawanan konglomerat Kumpulan Tata di India telah melantik Noel Tata, 67, sebagai pengerusi selepas kematian Ratan Tata.
Noel ialah saudara tiri kepada Ratan, yang meninggal dunia pada Rabu pada usia 86 tahun.
Para pemegang amanah pelbagai dana yang membentuk Tata Trusts mengadakan mesyuarat bersama di Mumbai, pangkalan kumpulan itu pada Jumaat dan mengambil keputusan untuk melantik Noel sebagai pengerusi pelbagai dana serta organisasi induk Tata Trusts.
Jawatan ini memberinya pengaruh besar ke atas empayar perniagaan yang luas, dengan 30 syarikatnya mencatatkan pendapatan tahunan sebanyak US$165 bilion pada 2023-24 dan menggaji satu juta orang di India dan luar negara.
"Saya berasa sangat dihormati dan rendah hati dengan tanggungjawab yang diberikan oleh rakan Pemegang Amanah. Saya berharap dapat meneruskan legasi Encik Ratan N. Tata dan Pengasas Kumpulan Tata," kata Noel dalam satu kenyataan.
Tata Trusts mempunyai 66 peratus kepentingan dalam Tata Sons, syarikat induk Kumpulan Tata, yang menjalankan perniagaan dalam sektor seperti keluli, kuasa, automotif, pertahanan, telekomunikasi, hotel, penerbangan dan menghasilkan pelbagai produk pengguna runcit seperti garam, teh, air botol dan barang kemas.
Modal pasaran 26 syarikat tersenarai awam Kumpulan Tata bernilai US$365 bilion setakat 31 Mac 2024.
Ratan, seorang daripada pemimpin korporat yang paling dihormati di India, menerajui Kumpulan Tata selama 21 tahun sehingga 2012, tidak pernah berkahwin dan meninggalkan Noel, dua saudara tiri perempuan serta seorang saudara lelaki.
Noel ialah anak kepada Naval Tata daripada perkahwinan keduanya.
Isteri Noel, Aloo Mistry, merupakan anak perempuan kepada mendiang jutawan Pallonji Mistry.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Noel Tata
#Tata Trusts India
#Ratan Tata
#pemimpin korporat India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan