awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

OANA syor perlindungan wartawan di Gaza

Bernama
Bernama
20/10/2023
06:54 MYT
OANA syor perlindungan wartawan di Gaza
Setakat Khamis, lebih 4,000 orang di pihak Palestin dan Israel terbunuh termasuk 21 wartawan sejak konflik bermula pada 7 Okt. - Gambar/ AP
TEHRAN: Menawarkan liputan berita yang adil dan objektif di Gaza adalah penting sementara konflik di Gaza berterusan, tetapi wartawan yang bertugas di tempat konflik dan kawasan berhampiran berdepan cabaran besar yang membahayakan nyawa mereka.
Oleh itu, Pertubuhan Agensi-agensi Berita Asia Pasifik (OANA), persatuan agensi berita serantau, menggesa wartawan di Gaza dilindungi.
"Bagi OANA, kami mengesahkan komitmen untuk memperjuangkan keselamatan semua wartawan dan menganggap nyawa mereka adalah penting. OANA amat bimbang mengenai keselamatan wartawan yang bertugas di rantau ini," menurutnya dalam satu kenyataan yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah OANA Zaman Rezakhani.
OANA juga menekankan pentingnya keselamatan wartawan yang bertugas di lapangan bagi semua agensi berita dan menggesa semua institusi dan organisasi mengambil langkah-langkah tertinggi untuk memastikan keselamatan wartawan.
OANA mempunyai lebih dari 40 agensi berita dalam senarai keahliannya di seluruh rantau Asia-Pasifik.
Setakat Khamis (19 Okt), lebih 4,000 orang di pihak Palestin dan Israel terbunuh termasuk 21 wartawan sejak konflik bermula pada 7 Okt.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#wartawan
#kematian petugas media
#OANA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan