awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Obama tidak dapat hadir Sidang Kemuncak Apec 2013 - Presiden Indonesia

Bernama
Bernama
04/10/2013
12:03 MYT
Obama tidak dapat hadir Sidang Kemuncak Apec 2013 - Presiden Indonesia
Presiden Amerika Syarikat Barack Obama telah menelefon Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono Jumaat untuk memaklumkan bahawa beliau tidak dapat menghadiri Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) 2013 yang dijadual berlangsung di sini pada 7 dan 8 Oktober.
Pemberitahuan itu datang dua hari selepas Obama menelefon Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memaklumkan bahawa beliau telah menangguhkan lawatannya ke Malaysia, berikutan penutupan operasi sebahagian agensi pentadbiran negara itu.
Dalam perkembangan terbaharu hari ini, Obama telah memberitahu Susilo bahawa beliau kesal tidak dapat menghadiri sidang kemuncak itu kerana persoalan tentang perbahasan anggaran negara yang belum selesai, kata Staf Khusus Presiden Bidang Hubungan Antarabangsa Teuku Faizasyah dalam kenyataan di sini.
Sehubungan itu Amerika Syarikat akan diwakili Setiausaha Negara John Kerry pada sidang kemuncak Apec.
Susilo memberitahu bahawa beliau memaklumi pertimbangan berhubung ketidakhadiran Obama itu pada sidang kemuncak Apec 2013 kerana beliau juga mengikuti perkembangan situasi di dalam negara Amerika Syarikat pada masa ini, kata Teuku Faizasyah.
Topic Berkaitan
#APEC 2013
#Obama
#sby
#Susilo Bambang Yudhoyono
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan