awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

OIC: Arab Saudi punca AS isytihar Baitulmaqdis milik Israel - Presiden Iran

Astro Awani
Astro Awani
13/12/2017
23:15 MYT
OIC: Arab Saudi punca AS isytihar Baitulmaqdis milik Israel - Presiden Iran
Hassan Rouhani berkata, Riyadh mahu kerjasama lebih erat dengan Israel, bagi menangani pengaruh Iran yang semakin kuat di rantau berkenaan. - Gambar fail
Keberanian Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytihar Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel adalah bersebab.
Presiden Iran Hassan Rouhani menegaskan pada Rabu, tindakan itu dibuat kerana ada pihak di rantau tersebut mahu mewujudkan hubungan dengan Israel.
Tanpa menamakan pihak tersebut, kenyataan Hassan di Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul itu dipercayai merujuk kepada seteru Iran, Arab Saudi.
"Ada provokasi yang menyebabkan tindakan ini. Sudah pasti ia melibatkan usaha pihak tertentu untuk mewujudkan hubungan dengan rejim Zionis," katanya ketika membuat kenyataan pada sidang berkenaan.
Kata Hassan, Riyadh mahu kerjasama lebih erat dengan Israel, bagi menangani pengaruh Iran yang semakin kuat di rantau berkenaan.
Tehran juga menyifatkan Amerika kini membuktikan ia bukan pengantara yang jujur dalam rundingan damai Palestin-Israel.
Sebaliknya, satu-satunya alasan Washington terlibat dalam rundingan berkenaan hanya bagi menjaga kepentingan Israel, katanya.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Arab Saudi
#AS
#Baitulmaqdis
#Donald Trump
#Iran
#Islam
#Israel
#presiden
#Washington
#Zionis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan