awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olimpik Tokyo: Kos rasmi selepas ditunda bernilai RM62.54 bilion

Agensi
Agensi
22/12/2020
14:19 MYT
Olimpik Tokyo: Kos rasmi selepas ditunda bernilai RM62.54 bilion
Jelasnya kerajaan metropolitan Tokyo dan kerajaan pusat akan menanggung kos bagi pelaksanaan langkah-langkah semasa temasya itu nanti. - Foto: Reuters
TOKYO:Ketua Pegawai Eksekutif Sukan Olimpik Tokyo 2020, Toshiro Muto mengumumkan kos rasmi temasya sukan itu selepas ditangguhkan adalah AS$15.4 bilion atau RM62.54 bilion.
Jelasnya kerajaan metropolitan Tokyo dan kerajaan pusat akan menanggung kos bagi pelaksanaan langkah-langkah semasa temasya itu nanti.
"Jumlah kos keseluruhan temasya itu adalah 1.64 trilion yen (AS$15.4 bilion). Jawatankuasa Sukan Olimpik tidak akan menanggung kos ekstra bagi langkah-langkah pencegahan COVID-19.
"Ia akan ditanggung oleh kerajaan metropolitan Tokyo dan kerajaan pusat," katanya dalam satu sidang media pada Selasa.
Pada masa sama, Muto turut memaklumkan jawatankuasa itu masih belum membuat sebarang persetujuan dengan tajaan domestik berkenaan lanjutan tajaan untuk temasya itu tahun depan.
Namun organisasi yang ingin menaja sudah memaklumkan kesanggupan mereka berbuat demikian.
Kos yang dibentangkan itu adalah 22 peratus lebih tinggi berbanding tahun lepas dan menunjukkan peningkatan berjumlah AS$2.8 bilion.
Ia dilaporkan akibat daripada pertukaran tarikh temasya itu termasuk berbincang semula kontrak dan langkah-langkah anti-virus.
Topic Berkaitan
#Tokyo
#Olimpik
#COVID-19
#Toshiro Muto
#Olimpik Tokyo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan