awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ombak besar sebabkan hakisan pantai di Sydney

Agensi
Agensi
17/07/2020
13:12 MYT
Ombak besar sebabkan hakisan pantai di Sydney
Beberapa penduduk tempatan berkata majlis tempatan tidak memberikan bantuan atau mengambil langkah bagi mengelakkan berlakunya penghakisan. - Gambar REUTERS
Ombak besar yang membadai pantai Australia di utara Sydney menyebabkan hakisan pantai yang teruk serta memaksa beberapa penduduk tempatan untuk mengosongakan kediaman mereka yang terletak di tepi laut.
Beberapa rumah di pesisir pantai Wamberal mengalami kerosakan teruk di bahagian belakang dan balkoni rumah.
Selain itu, terdapat retakan di bahagian belakang beberapa bangunan.
Pengarah Alam Sekitar dan Perancangan Majlis Persisiran Pantai Tengah, Steve Cox berkata banyak bangunan yang mengalami kerosakan.
Beberapa penduduk tempatan berkata majlis tempatan tidak memberikan bantuan atau mengambil langkah yang mencukupi bagi mengelakkan berlakunya penghakisan.
Beberapa penduduk tempatan berkata majlis tempatan tidak memberikan bantuan atau mengambil langkah yang mencukupi bagi mengelakkan berlakunya penghakisan.
“Kami melihat kerosakan pada beberapa bangunan.
“Saya bersama-sama jurutera Kerja Raya malam tadi (Khamis), dengan SES (Perkhidmatan Kecemasan Negeri New South Wales) memeriksa beberapa bangunan.
“Terdapat empat bangunan yang dikenal pasti sebagai kritikal. Kami telah bercakap dengan pemiliknya dan mereka sudi mengosongkan kediaman tersebut secara sukarela,” kata Cox.
Beberapa penduduk berkata majlis tempatan tidak memberikan bantuan atau mengambil langkah yang mencukupi bagi mengelakkan berlakunya penghakisan.
“Kami semua sangat cemas, takut dan sejujurnya, marah kerana kami berada dalam situasi ini.
“Kejadian ini sudah kami jangka kerana tembok tahan ombak tidak dibina,” kata seorang penduduk tempatan, Margaret Brice.
Ombak yang kuat telah melanda kawasan pantai tersebut sejak beberapa hari yang lalu.
Topic Berkaitan
#hakisan pantai
#hartanah
#ombak besar
#Perkhidmatan Kecemasan Negeri New South Wales
#pesisir pantai
#rumah
#Sydney
#Wamberal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan