awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir di lima negeri hingga 12 tengah hari
Pekerja pusat boling ditemukan maut dalam bilik stor peralatan pembersihan
Anak Daim Zainuddin, Asnida tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi SAR mangsa nahas Lion Air JT610 dihentikan

Agensi
Agensi
10/11/2018
11:29 MYT
Operasi SAR mangsa nahas Lion Air JT610 dihentikan
Sejumlah 196 beg berisi cebisan mayat dapat dibawa keluar dari zon nahas sepanjang proses pencarian oleh Basarnas selama 13 hari. - AP
Misi pencarian mangsa nahas Lion Air JT610 oleh pihak Badan SAR Nasional (Basarnas) dihentikan hari ini.
Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Basarnas Muhammad Syaugi, yang menjelaskan keputusan itu diambil kerana bahagian tubuh mangsa yang ditemukan semakin sedikit, lapor portal berita Kompas.com.
"Kami dari pasukan Basarnas mengambil keputusan bahawa operasi bersepadu SAR ini secara keseluruhan ditamatkan hari ini,” ujarnya di dermaga Pelabuhan Tanjung Priok, pada Sabtu.
Jelas Muhammad Syaugi, operasi pencarian pada Jumaat hanya berhasil membawa pulang satu beg mayat.
"Berdasarkan penilaian dan input daripada pelbagai pihak, pada Jumaat kita hanya membawa pulang satu beg mayat, itu pun hanya pada sebelah pagi,” ujarnya.
Tambahnya, bahagian tubuh mangsa tetap tidak dijumpai, sama ada di kawasan pencarian dasar laut, mahupun di pesisiran Tanjung Pakis, Karawang.
Walaupun operasi SAR bersepadu dihentikan, Muhammad Syaugi berkata, pasukan dari Jabatan SAR Jakarta dan Bandung tetap bersedia jika terdapat maklumat tentang penemuan jasad mangsa.
Katanya, Basarnas tetap memberi sokongan kepada usaha Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional dalam mencari kotak hitam perakam suara kokpit.
Sejumlah 196 beg berisi cebisan mayat dapat dibawa keluar dari zon nahas sepanjang proses pencarian oleh Basarnas selama 13 hari, dan semuanya telah diserahkan ke pihak hospital untuk proses pengecaman identiti.
Pesawat Lion Air JT610 laluan Jakarta-Pangkal Pinang terhempas di Tanjung Karawang, Jawa Barat, pada Isnin lalu. Pesawat itu membawa 181 penumpang dan 8 anak kapal.
Topic Berkaitan
#Basarnas
#JT610
#Lion Air
#Nahas
#pasukan SAR
#pencarian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan