awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Padah gurau bawa bom naik pesawat

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
12/07/2017
03:32 MYT
Padah gurau bawa bom naik pesawat
Dua penumpang pesawat Garuda Indonesia ditahan pihak berkuasa selepas kru penerbangan terdengar perbualan mereka yang menyebut bahawa beg yang dibawa mengandungi bom. -Wikipedia
Dua penumpang pesawat Garuda Indonesia ditahan pihak berkuasa selepas kru penerbangan terdengar perbualan mereka yang menyebut bahawa beg yang dibawa mengandungi ‘bom’.
Menurut laporan The Jakarta Post, kedua-dua mereka dikeluarkan dari pesawat berkenaan sebelum ia berlepas dari Lapangan Terbang Timika di Papua ke Denpasar pada Isnin,.
Kejadian berlaku apabila seorang daripada penumpang berkenaan, Parlindungan Tambunan, bertanyakan kepada rakannya yang hanya dikenali sebagai WH tentang beg yang dibawanya.
Secara spontan, WH berkata, "Saya bawa bom."
Seorang kru penerbangan walau bagaimanapun terdengar kata-kata WH dan segera memaklumkan kepada pihak berkuasa di lapangan terbang tersebut.
Kedua-dua penumpang tersebut dibawa keluar dari pesawat dan beg yang didakwa mempunyai bom itu dirampas.
Pihak polis bagaimanapun tidak menemukan sebarang bentuk bahan letupan di dalam beg WH dan mereka kemudian dibawa ke balai polis berdekatan untuk siasatan lanjut.
Topic Berkaitan
#bom
#bom dalam beg
#Garuda Indonesia
#Lapangan Terbang Timika
#Parlindungan Tambunan
#WH
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan