awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakar WHO berlepas ke Wuhan siasat asal-usul koronavirus COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
14/01/2021
01:10 MYT
Pakar WHO berlepas ke Wuhan siasat asal-usul koronavirus COVID-19
KEN MAEDA: Saya harap saya dapat membantu sebanyak mungkin untuk mencari petunjuk mengenai sumber jangkitan. -AP
BEIJING:Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berlepas ke China bagi menyiasat asal-usul koronavirus punca penyakit COVID-19 di Wuhan.
Kesemua mereka dijangka tiba pada Khamis.
Salah seorang daripada mereka ialah pakar dari Institut Penyakit Berjangkit Jepun, Ken Maeda.
"Saya harap saya dapat membantu sebanyak mungkin untuk mencari petunjuk mengenai sumber jangkitan," katanya kepada media ketika berlepas dari Lapangan Terbang Narita.
Kesemua pakar berkenaan dijangka berada di wilayah yang mencatatkan kes pertama jangkitan COVID-19 sehingga awal atau pertengahan Februari.
Mereka kemudian akan menjalani proses kuarantin sejurus ketibaan di negara itu.
China sebelum ini menolak gesaan untuk menubuhkan siasatan bebas bagi menyiasat asal-usul koronavirus dan menjawab kesemua teori yang mengatakan virus berkenaan dibawa ke China dari luar.
Topic Berkaitan
#WHO
#Wuhan
#siasatan asal-usul
#koronavirus
#Ken Maeda
#Institut Penyakit Berjangkit Jepun
#COVID-19
#penyakit berjangkit
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan