awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakistan. Afghanistan adakan perbincangan peringkat tertinggi untuk perbaiki hubungan

Bernama
Bernama
19/04/2025
20:45 MYT
Pakistan. Afghanistan adakan perbincangan peringkat tertinggi untuk perbaiki hubungan
Perbincangan antara Afghanistan dan Pakistan meliputi pelbagai isu berkaitan hubungan dua hala, dengan penekanan kepada keperluan merangka strategi bagi memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang berkepentingan bersama.
NEW DELHI: Pakistan dan Afghanistan mengadakan perbincangan peringkat tertinggi pada Sabtu bagi memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk keselamatan, perdagangan dan kesalinghubungan serantau.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Pakistan Mohammad Ishaq Dar melakukan perjalanan ke Kabul, lawatan rasmi pertamanya ke negara itu..
Sepanjang lawatan sehari itu, Dar mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri sementara Afghanistan Mullah Muhammad Hassan Akhund, Timbalan Perdana Menteri sementara bagi hal ehwal pentadbiran Mullah Abdul Salam Hanafi, dan Menteri Luar sementara Amir Khan Muttaqi, menurut Kementerian Luar Pakistan.
"Perbincangan meliputi pelbagai isu berkaitan hubungan dua hala, dengan penekanan kepada keperluan merangka strategi bagi memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang berkepentingan bersama seperti keselamatan, perdagangan, transit, kesalinghubungan serta interaksi antara rakyat," menurut kenyataan itu mengenai pertemuan antara Dar dan Muttaqi.
"Timbalan Perdana Menteri menegaskan keutamaan menangani semua isu berkaitan, khususnya yang membabitkan keselamatan dan pengurusan sempadan, bagi merealisasikan sepenuhnya potensi sebenar perdagangan dan kesalinghubungan serantau," katanya.
Perbezaan pandangan mengenai pengurusan sempadan, pergerakan tidak sah penduduk dan insiden keselamatan telah menjejaskan hubungan perdagangan dan pengangkutan antara kedua-dua negara jiran itu.
Dalam lawatan itu, Pakistan dan Afghanistan turut bersetuju untuk meneruskan pertukaran peringkat tinggi pada masa akan datang.
Sebelum berlepas, Dar memberitahu sebuah saluran televisyen tempatan bahawa peluang perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara amat luas namun belum dimanfaatkan sepenuhnya.
Beliau berkata kerjasama Afghanistan penting bagi Pakistan membangunkan rangkaian rel ke negara-negara Asia Tengah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pakistan
#Afghanistan
#perbincangan
#keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan