awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakistan pula haramkan TikTok

Agensi
Agensi
10/10/2020
22:00 MYT
Pakistan pula haramkan TikTok
Selepas India dan Amerika Syarikat, Pakistan pula mengambil keputusan mengharamkan Tik Tok. -REUTERS
ISLAMABAD:Aplikasi media sosial TikTok diharamkan di Pakistan atas alasan syarikat itu gagal mengawal kandungan yang tidak dibenarkan.
Jelas pihak berkuasa Pakistan, langkah itu diambil selepas menerima aduan tentang kandungan yang 'tidak bermoral' dalam aplikasi berkenaan.
Salah seorang 'selebriti' TikTok Pakistan, Hareem Shah bagaimanapun berpandangan bahawa kerajaan tidak memberi alasan yang kukuh bagi mengharamkan aplikasi itu.
Kata Hareem yang mempunyai lebih 4,000,000 pengikut di TikTok, aplikasi itu sebaliknya menjadi platform untuk mempamerkan bakat anak muda Pakistan kepada seluruh dunia.
“Saya ingin tanya kepada kerajaan dan perdana menteri Imran Khan sama ada alasan 'tidak bermoral' adalah sebab yang benar (di sebalik pengharaman).
“Jika terdapat alasan yang berhubung dengan keselamatan atau alasan yang menghindar pembangunan Pakistan, kami akan menyokong pengharaman itu kerana Pakistan negara kami.
“Namun, menggunakan alasan 'tidak bermoral' untuk mengharamkan TikTok tidak kukuh. Tolong beritahu kepada orang apa alasan sebenar,” katanya.
Dalam masa sama, Hareem menegaskan bahawa langkah itu akan menekan kebebasan kreatif di Pakistan.
TikTok yang dimiliki oleh syarikat China, Bytedance, adalah aplikasi ketiga yang paling banyak dimuat naik, selepas WhatsApp dan Facebook.
India dan Amerika Syarikat turut pernah mengambil tindakan untuk mengharamkan aplikasi tersebut.
Topic Berkaitan
#TikTok
#kandungan tidak bermoral
#Hareem Shah
#Imran Khan
#aplikasi diharamkan
#ByteDance
#Amerika Syarikat
#India
#Pakistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan