Palestin mohon mesyuarat tergempar Liga Arab susulan keputusan Israel

Pemandangan Masjid Ibrahimi, yang juga dikenali sebagai Gua Para Nabi, di bandar lama Hebron, wilayah Tebing Barat yang diduduki Israel. - Foto REUTERS
KAHERAH: Wakil tetap Palestin ke Liga Arab, Duta Muhannad Al-Aklouk, telah mengemukakan permohonan segera bagi mengadakan sesi luar biasa Majlis Liga Arab di peringkat wakil tetap bagi membincangkan keputusan terbaharu pihak berkuasa Israel.
Menurut Agensi Berita Emiriah (WAM), Al-Aklouk dalam satu kenyataan pada Isnin berkata keputusan Israel itu bertujuan memperluaskan aktiviti penempatan haram, merobohkan kediaman, merampas tanah persendirian serta awam, dan memindahkan tanggungjawab perbandaran Hebron kepada apa yang dipanggil oleh Israel sebagai Pentadbiran Awam.
Beliau berkata langkah-langkah tersebut juga menjejaskan status dan kedudukan Masjid Ibrahimi di bandar berkenaan.
Beliau menegaskan bahawa tindakan itu merupakan kesinambungan kepada pencerobohan menyeluruh Israel serta memperdalamkan lagi dasar pengilhakan dan peluasan wilayah.
Sehubungan itu, beliau menyeru negara-negara Arab supaya mengambil tindakan di semua peringkat bagi menghentikan keputusan berkenaan, sambil memberi amaran bahawa ia mengancam keselamatan serta kestabilan di rantau itu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


