awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Microsoft sifatkan Copilot sebagai alat hiburan, bukan untuk nasihat penting
TKP Jabatan Alam Sekitar didakwa sekali lagi terima RM9,110 baiki rumah
Google lancar ChromeOS Flex USB Kit, bantu lanjut hayat PC lama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paras laut global naik lebih tinggi daripada jangkaan - NASA

Bernama
Bernama
14/03/2025
11:30 MYT
Paras laut global naik lebih tinggi daripada jangkaan - NASA
Pada 2024, kenaikan paras laut terutamanya disebabkan oleh pengembangan terma, berbanding trend sebelumnya yang menyaksikan glasier dan lapisan ais mencair sebagai penyumbang utama. - Gambar hiasan/ Unsplash
WASHINGTON: Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) pada Khamis melaporkan bahawa paras laut global meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024, didorong oleh fenomena pengembangan terma air laut serta pencairan lapisan ais dan glasier, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Menurut analisis NASA, kadar kenaikan tahunan paras air laut tahun lalu ialah 5.9 milimeter berbanding jangkaan 4.3 milimeter, menjadikan 2023 sebagai tahun paling panas dalam rekod.
Secara keseluruhan, kadar kenaikan paras laut meningkat dua kali ganda dalam tempoh 30 tahun, dengan paras laut global meningkat sebanyak 10 sentimeter (cm) sejak rekod satelit mengenai ketinggian paras laut bermula pada 1993.
"Kenaikan yang kita lihat pada 2024 lebih tinggi daripada jangkaan.
"Setiap tahun ada sedikit perbezaan, tetapi apa yang jelas ialah paras lautan terus meningkat dan kadar kenaikan semakin pantas," kata penyelidik di Makmal Pendorongan Jet NASA, Josh Willis.
Pada 2024, kenaikan paras laut terutamanya disebabkan oleh pengembangan terma, berbanding trend sebelumnya yang menyaksikan glasier dan lapisan ais mencair sebagai penyumbang utama.
"Dengan 2024 menjadi tahun paling panas dalam rekod, lautan Bumi turut mengalami kesan yang sama, mencapai paras tertinggi dalam tiga dekad," kata Nadya Vinogradova Shiffer dari NASA.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#NASA
#kenaikan paras laut
#2024
#pemanasan global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan