awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen Lubnan akan pilih presiden pada Januari

Bernama
Bernama
28/11/2024
15:25 MYT
Parlimen Lubnan akan pilih presiden pada Januari
Speaker Parlimen Lubnan Nabih Berri menetapkan 9 Jan sebagai tarikh sesi bagi ahli parlimen memilih presiden baharu negara itu, lebih dua tahun selepas penggal presiden sebelumnya tamat. - Gambar fail/REUTERS
BEIRUT: Speaker Parlimen Lubnan Nabih Berri menetapkan 9 Jan sebagai tarikh sesi bagi ahli parlimen memilih presiden baharu negara itu, lebih dua tahun selepas penggal presiden sebelumnya tamat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pengumuman itu dibuat sehari selepas gencatan senjata hasil perantaraan antarabangsa antara Israel dan kumpulan Hizbullah yang disokong Iran, mula berkuat kuasa, hampir dua bulan selepas Israel melancarkan serangan darat ke selatan Lubnan.
Berri berkata beliau menunaikan janjinya bahawa "sebaik sahaja gencatan senjata berkuat kuasa, saya akan menetapkan tarikh untuk sesi memilih presiden bagi republik ini. Saya kini mengumumkan bahawa sesi itu akan diadakan pada 9 Jan," menurut Agensi Berita Nasional (NNA) rasmi.
Lubnan telah tidak mempunyai presiden sejak Michel Aoun meninggalkan jawatan pada Oktober 2022. Usaha ahli parlimen untuk memilih presiden baharu beberapa kali gagal, disebabkan perpecahan mendalam antara penyokong Hizbullah dan pesaing mereka yang menghalang mana-mana calon memperoleh majoriti dua pertiga yang diperlukan.
Lubnan sejak itu ditadbir oleh kerajaan sementara diketuai pemangku Perdana Menteri Najib Mikati.
Nama Ketua Tentera Joseph Aoun, telah disebut sebagai seorang daripada calon presiden yang berpotensi.
Dalam sistem pembahagian kuasa antara golongan di Lubnan, presiden mestilah seorang Kristian, perdana menteri seorang Muslim Sunni dan speaker parlimen seorang Muslim Syiah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Parlimen Lubnan
#Nabih Berri
#pilih Presiden
#Januari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan