awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parti Buruh gesa gencatan senjata di Gaza

Agensi
Agensi
20/02/2024
16:48 MYT
Parti Buruh gesa gencatan senjata di Gaza
Tindakan itu dibuat selepas beberapa hari perbahasan parti di Parlimen bagi usul SNP yang menggesa gencatan senjata. - Gambar fail/Reuters
LONDON: Parti Buruh telah menggesa gencatan senjata segera di Gaza buat pertama kali sejak tercetusnya konflik pada Oktober lalu.
Tindakan itu dibuat selepas beberapa hari perbahasan parti di Parlimen bagi usul SNP yang menggesa gencatan senjata.
Setiausaha Luar, David Lammy berkata Parti Buruh telah menukar pandangan susulan keadaan di Gaza semakin buruk.
Lammy berkata parti "mencerminkan pendapat" PBB dan baki anggota pakatan Five Eyes, terdiri daripada perkhidmatan perisikan Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Kanada.
Pada Selasa, Buruh membentangkan pindaan, yang buat pertama kalinya menggunakan frasa "gencatan senjata kemanusiaan segera", kepada usul gencatan senjata SNP.
Pemimpin Buruh Sir Keir Starmer telah lama menyeru agar pertempuran dihentikan serta-merta.
"Pindaan kami menggesa gencatan senjata kemanusiaan segera, sejajar dengan sekutu kami," kata jurucakap parti.
"Kami mahu tebusan dibebaskan dan dipulangkan. Kami mahu pertempuran dihentikan sekarang. Kami mahu program bantuan kemanusiaan besar-besaran untuk Gaza. Dan sebarang tindakan ketenteraan di Rafah tidak boleh diteruskan.
"Kami mahu pertempuran dihentikan sekarang. Kami juga perlu jelas tentang cara menghalang keganasan bermula semula. Tidak akan ada keamanan yang berkekalan tanpa proses diplomatik yang , dengan Israel yang selamat dan terjamin di samping sebuah negara Palestin yang berdaya maju," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Gaza
#gencatan senjata
#Palestin
#Israel
#David Lammy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan