awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parti pembangkang Finland dahului keputusan pilihan raya parlimen

Bernama
Bernama
03/04/2023
02:30 MYT
Parti pembangkang Finland dahului keputusan pilihan raya parlimen
Petteri Orpo (tengah) ketika mengadakan kempen pilihan raya baru-baru ini. - Foto REUTERS
HELSINKI: Parti Gabungan Kebangsaan yang diterajui pembangkang mendahului keputusan pilihan raya parlimen Finland selepas berjaya memperoleh 48 kerusi parlimen, lapor Xinhua.
Parti Finland mengikuti di belakang dengan 46 kerusi manakala Parti Demokratik Sosial yang diketuai Perdana Menteri Sanna Marin sekadar memperoleh 43 kerusi.
Peratusan keluar mengundi sebanyak 71.9 peratus.
Mengulas mengenai keputusan itu, pemimpin parti gabungan itu Petteri Orpo berkata ia satu kemenangan penting bagi parti dan yakin dapat membentuk kerajaan baharu.
"Tahniah atas keputusan yang diperoleh Parti Gabungan Kebangsaan saya berpuas hati dengan prestasi parti," katanya.
Orpo tidak mendedahkan mengenai kemungkinan komposisi gabungan yang akan datang dan buat masa ini keutamaan kerajaan baharu adalah untuk memulihkan ekonomi negara.
Kempen pilihan raya tertumpu terutamanya kepada isu ekonomi dan kebajikan. Parti Gabungan Kebangsaan menggariskan keperluan mengimbangi bajet negeri dan mengurangkan keperluan untuk hutang baharu.
Perbincangan pembentukan kerajaan campuran mungkin mengambil sedikit masa memandangkan kerusi yang dimenangi Parti Gabungan Kebangsaan dan Parti Finland masih kurang dan memerlukan sokongan parti lain.
Keputusan rasmi pilihan raya yang diadakan pada Ahad itu dijangka diumumkan pada Rabu dan kerajaan baharu dijadual memulakan pentadbiran minggu depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Parti Gabungan Kebangsaan
#pilihan raya
#Parlimen
#Petteri Orpo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan