awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pawagam haramkan topeng muka sempena tayangan 'Joker'

Agensi
Agensi
28/09/2019
00:45 MYT
Pawagam haramkan topeng muka sempena tayangan 'Joker'
Filem Joker akan memulakan tayangan pada 4 Oktober nanti. -Foto YouTube @Warner Bros Pictures
Rangkaian pawagam Landmark Theaters di Amerika Syarikat (AS) akan mengharamkan pemakaian kostum dan topeng wajah dalam kalangan penonton filem semasa tayangan filem "Joker".
Reuters melaporkan keputusan yang dibuat pada Khamis itu dipercayai ekoran kebimbangan pihak keluarga mangsa yang terlibat dalam kes tembakan rambang pada tahun 2012 sewaktu tayangan filem Batman, "The Dark Knight Rises" di Colorado.
Rangkaian panggung wayang berpangkalan di Los Angeles itu yang mempunyai 52 buah cawangan berkata pihaknya mahu penonton menikmati filem itu dengan ‘menghargai pencapaian sinematik’.
"Namun mereka tidak dibenarkan memakai topeng, calitan cat pada wajah atau memakai kostum sewaktu memasuki panggung wayang kami,” ujar satu kenyataan.
Filem "Joker" akan memulakan tayangan pada 4 Oktober nanti.
Langkah pengharaman Landmark itu mengikuti langkah rangkaian panggung wayang terbesar AS, AMC Theatres yang telahpun mengenakan larangan pemakaian topeng dalam pawagam sejak insiden pembunuhan Colorado yang mengorbankan 12 mangsa dan mencederakan ramai lagi.
AMC yang mempunyai lebih 650 pawagam mengingatkan pelanggannya minggu ini bahawa meskipun pemakaian kostum dibenarkan, topeng muka adalah dilarang sama sekali.
"Pelanggan kami dialu-alukan untuk memakai kostum, namun kami tidak membenarkan sebarang topeng, cat wajah atau sebarang objek yang menutup muka,” kata AMC dalam satu kenyataan.
Landmark bagaimanapun tidak memberi alasan atas pengharaman tersebut.
Pada tahun 2012 di Aurora, Colorado, penonton yang sedang menikmati tayangan filem Batman dikejutkan dengan insiden tembakan rambang di panggung Century 16 Theater, yang dimiliki syarikat Cinemark USA Inc.
Sejumlah 12 orang terbunuh manakala 70 yang lain cedera.
Penyerang James Holmes kini sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah bagi kesalahan membunuh meskipun telah merayu dengan alasan dirinya mengalami masalah mental.
Filem "Joker" terbaharu memberi tumpuan kepada watak Joker iaitu musuh ketat Batman dalam banyak adaptasi filem, televisyen dan komik, yang menjurus kepada perlakuan ganas.
Topic Berkaitan
#AMC
#ancaman keselamatan
#batman
#Joker
#keganasan
#kostum
#landmark theaters
#panggung wayang
#tembakan rambang
#topeng muka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan