awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBB dedah kesukaran hantar bantuan ke Gaza

Astro Awani
Astro Awani
02/07/2024
00:15 MYT
PBB dedah kesukaran hantar bantuan ke Gaza
Menurut Stephane Dujarric, tiada lagi tempat selamat di wilayah itu. - Foto UN
NEW YORK: Jurucakap Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan kesukaran dihadapi badan dunia itu, untuk menghantar bantuan ke Semenanjung Gaza.
Menurut Stephane Dujarric, tiada lagi tempat selamat di wilayah itu.
"Ini sekali lagi menunjukkan bahawa tiada tempat yang selamat di Gaza, lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk melindungi orang awam.
"Ini adalah satu lagi penangguhan dalam kitaran yang harus dilalui oleh penduduk Gaza secara berkala. Dan sekali lagi, ini sebabnya kita perlu akhiri konflik ini.
"Kita perlu melihat gencatan senjata kemanusiaan, pembebasan tebusan, yang akan membawa kepada kemampuan kita untuk mengagihkan bantuan dengan cepat kepada semua yang memerlukannya," katanya.
Sehubungan itu, beliau menegaskan konflik Israel-Hamas perlu ditamatkan segera.
Beliau menekankan kepentingan dikuatkuasakan gencatan senjata kemanusiaan, pembebasan tebusan, yang akan membuka jalan kepada PBB menyambung semula penghantaran bantuan kepada semua yang memerlukannya.
Dujarric menambah, Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) melaporkan bahawa sepanjang bulan Jun, pihak berkuasa Israel membenarkan kurang daripada separuh 115 misi bantuan kemanusiaan yang dirancang ke Gaza utara.
Topic Berkaitan
#PBB
#bantuan kemanusiaan
#Gaza
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan