awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai PBB: Israel tolak lebih 140 permohonan akses ke utara Gaza

Bernama
Bernama
01/01/2025
03:20 MYT
Pegawai PBB: Israel tolak lebih 140 permohonan akses ke utara Gaza
Whittall menegaskan, rakyat Palestin yang dipindahkan secara paksa dari utara Semenanjung Gaza seperti Jabalia, Beit Hanoun dan Beit Lahia hidup dalam keadaan yang sangat sukar di sekitar Bandar Gaza. - REUTERS
NEW YORK: Pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata pihak berkuasa pendudukan Israel dilaporkan menolak lebih 140 permohonan PBB untuk memasuki utara Semenanjung Gaza dalam tempoh dua bulan lepas, menurut laporan Agensi Berita Palestin (WAFA).
Kenyataan itu dibuat oleh seorang pegawai kanan Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan di Wilayah Pendudukan (OCHA), Jonathan Whittall, pada Selasa.
Beliau menjelaskan bahawa tentera pendudukan Israel terus melancarkan serangan udara di kawasan Jabalia dan sekitarnya, yang turut menyasarkan hospital serta petugas kesihatan.
Menurutnya lagi, PBB telah berusaha mendapatkan akses ke utara Gaza sejak dua bulan lalu, namun permohonan itu telah ditolak lebih 140 kali oleh pihak berkuasa Israel.
There are still survivors in North #Gaza. It shouldn't require breaking a siege to support them. Critically ill patients at the non-functioning Indonesian hospital have no electricity, water or supplies, beyond the little we could bring on Sunday.#EndTheAtrocities pic.twitter.com/39txp6Er4K
— OCHA OPT (Palestine) (@ochaopt) December 31, 2024
Whittall turut memaklumkan bahawa keluarga Palestin di kawasan Jabalia telah hidup di bawah kepungan Israel selama lebih dua bulan.
Pegawai PBB itu menegaskan bahawa rakyat Palestin yang dipindahkan secara paksa dari utara Semenanjung Gaza dari kawasan seperti Jabalia, Beit Hanoun dan Beit Lahia hidup dalam keadaan yang sangat sukar di sekitar Bandar Gaza.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#PBB
#Israel
#Gaza
#Jonathan Whittall
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan